Covid-19: 7,509 kes baharu

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik sedikit berbanding semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu, 7,509 jangkitan baharu dikesan berbanding 7,420 yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,384,542 kes.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sehingga semalam jumlah kes aktif turun kepada lima angka berbanding 101,587 kes yang dilaporkan pada Khamis. Semalam, kes aktif turun kepada 97,505 kes, dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 15,142 kes, manakala terendah ialah Labuan (30 kes aktif).

KKM memaklumkan daripada 97,505 kes aktif itu, 75,068 pesakit menjalani kuarantin di rumah; PKRC (14,537); Hospital (7,197) dan 703 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 366 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR