Covid-19: 592 kematian semalam termasuk kes tertunggak

September 12, 2021 · Isu semasa

Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 di seluruh Malaysia yang menunjukkan 592 pesakit meninggal dunia semalam, turut membabitkan kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini.

Angka itu ditunjukkan dalam laman web baharu Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan Covid-19, COVIDNOW, yang mengesahkan hanya 100 kes kematian direkodkan sepanjang 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, manakala 492 kematian lagi adalah kes tertunggak.

Berdasarkan data COVIDNOW yang belum dibersihkan, dalam tempoh 24 jam semalam sebelas negeri merekodkan peningkatan kes kematian berbanding sehari sebelumnya.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka korban disebabkan Covid-19 di negara ini mencecah 20,419 kes.

Sehubungan itu, KKM dilaporkan sedang melakukan proses pembersihan data kes tertunggak bagi memastikan laporan kes berkaitan Covid-19 lebih tepat dan telus.

Sebelum ini, keadaan yang sama berlaku di Indonesia apabila catatan harian jangkitan baharu dan kes kematian akibat Covid-19 terlalu tinggi, namun setelah melakukan pembersihan terhadap data tertunggak, jumlah kes harian sebenar jauh lebih rendah.

Berikutan itu, KKM turut menjangkakan kes harian Covid-19 akan mencatatkan jumlah lebih tinggi bagi tempoh beberapa hari lagi, sehingga proses nyahdata itu selesai dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan, KKM melaporkan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini turut menunjukkan penurunan semalam, iaitu sejumlah 239,351 kes berbanding 242,161 kes pada Jumaat.

Daripada jumlah kes aktif itu, 199,480 atau 83.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (25,602), hospital (12,997), unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan alat bantuan pernafasan (548) serta ICU tanpa bantuan pernafasan (724).

Seramai 21,771 lagi pesakit Covid-19 disahkan sembuh menjadikan keseluruhannya daripada 1,955,881 kes positif, 1,700,730 pesakit disahkan sembuh sepenuhnya.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
46 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok