Covid-19: 52 kematian pada Jumaat

Seramai 52 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam (25 Mac 2022), turun berbanding 64 kes yang dicatat pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Jumlah itu termasuk 15 pesakit yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ’brought in death’ (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 34,717 kes, termasuk 7,318 kes BID.

Bagaimanapun, tiada maklumat dinyatakan sama ada 15 kes BID itu turut membabitkan 262,122 individu yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19 tahap rendah.

Sebanyak 20 daripada kes kematian semalam membabitkan individu tidak divaksinasi; lengkap divaksin (16); menerima dos penggalak (14); dan belum lengkap vaksinasi (dua kes).

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tidak mencatat sebarang kes kematian akibat Covid-19, semalam.

Statistik laman sesawang CovidNOW menunjukkan Selangor mencatat 11 kes kematian semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 10,488 kes.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 1,141,078 kumulatif positif, dengan 1,035,942 pesakit telah sembuh, dan 94,648 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 93,151 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 269 ditempatkan di PKRC; 1,184 dimasukkan ke hospital; dan 44 pesakit dirawat di ICU, dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Johor dan Kedah masing-masing mencatat lapan kes kematian, diikuti masing-masing enam di Pahang serta Perak, dan Pulau Pinang (empat kes).

Kelantan dan Sabah pula masing-masing mencatat dua kes kematian, dan masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, serta Terengganu.

BERITA BERKAIT
POPULAR