Covid-19: 48 kematian semalam, Kelantan, Terengganu tertinggi

Seramai 48 pesakit Covid-19, termasuk 10 yang belum sempat diberi rawatan perubatan di hospital (BID), meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, naik sedikit berbanding 37 kes yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kumulatif kematian meningkat kepada 30,195 kes, termasuk 6,106 kes BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang Covidnow, hari ini.

Kelantan dan Terengganu merekodkan jumlah kes tertinggi apabila masing-masing mencatatkan lapan pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam. Kematian di Kelantan kini sebanyak 1,143 kes, termasuk 252 kes BID.

Negeri itu kini merekodkan 6,183 kes aktif, termasuk 4,838 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 845 ditempatkan di PKRC; 458 dimasukkan ke hospital; dan 42 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 27 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, Kelantan merekodkan 154,131 kumulatif kes positif, berbanding 146,844 pesakit disahkan sembuh.

Sementara itu, Terengganu pula merekodkan 2,622 kes aktif dengan 1697 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 555 ditempatkan di PKRC; 346 dimasukkan ke hospital; dan 24 dirawat di ICU, termasuk 18 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, Terengganu mencatat 75,456 kumulatif kes positif dengan 72,321 pesakit sembuh, manakala jumlah kematian mencecah 572 kes, termasuk 60 kes BID.

KKM juga memaklumkan Perak dan Sarawak masing-masing merekodkan enam kematian; diikuti Selangor (lima); Sabah (empat); Pahang (tiga); dan masing-masing dua di Kedah, dan Pulau Pinang.

Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatat satu kes kematian, sementara tiada kes dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, jumlah kes aktif di Lembah Klang meningkat kepada 24,306 semalam, berbanding 24,106 pada Rabu.

Daripada jumlah itu, 21,506 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,247 ditempatkan di PKRC; 1,430 dimasukkan ke hospital; dan 123 pesakit dirawat di ICU, dengan 68 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, Lembah Klang merekodkan 953,086 kumulatif kes positif, dengan 920,278 pesakit telah sembuh, manakala 12,371 pesakit meninggal dunia, termasuk 2,750 kes BID.

Pada masa sama, KKM memaklumkan kes aktif di seluruh negara turun 506 kes daripada 69,261 pada Rabu, kepada 68,755 semalam.

Daripada jumlah itu, 55,278 pesakit dikuarantin di rumah; 7,422 ditempatkan di PKRC; 5,539 dimasukkan ke hospital; dan 516 lagi dirawat di ICU, dengan 272 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,603,175 kumulatif kes positif, berbanding 2,510,029 pesakit sembuh.

BERITA BERKAIT
POPULAR