Sebanyak 3,551 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sedikit menurun daripada hari sebelumnya.
Semalam negara mencatatkan sebanyak 3,744 kes jangkitan baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 1,137, diikuti Kuala Lumpur dengan 477 kes dan Sarawak ketiga tertinggi dengan 391 kes.
“Diikuti Kelantan (326); Pulau Pinang (305); Johor (258); Perak (137); Kedah (112); Pahang (97); Negeri Sembilan (85); Melaka (82); Sabah (69); Terengganu (58); WP Putrajaya (12); Perlis (3) dan WP Labuan (2),” katanya hari ini.
Kes kumulatif terkumpul sehingga hari ini adaah sebanyak 427,927 kes.