Covid-19: 346 kematian semalam, 189,657 jalani kuarantin di rumah

September 17, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 346 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan keseluruhan kematian sejak virus itu mula menular di seluruh Malaysia awal tahun lalu meningkat kepada 22,355 kes, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Data daripada COVIDNOW menunjukkan sehingga jam 11.59 malam tadi, daripada jumlah kematian yang direkodkan itu, 105 membabitkan pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID), menjadikan keseluruhan kes BID sebanyak 4,263 kes.

Dalam tempoh itu juga empat negeri mencatat peningkatan kes kematian.

Kedah merekodkan 82 kes kematian semalam, berbanding 79 kes kelmarin diikuti Johor (59 kes semalam, 46 kes kelmarin); Sarawak (14 kes semalam, 5 kes kelmarin); dan Melaka (4 kes semalam, 2 kes kelmarin).

Selangor walaupun menunjukkan trend penurunan sejak kelmarin, negeri itu masih mencatatkan kes kematian tertinggi sebanyak 94 kes semalam, berbanding 116 kes kelmarin.

Sehingga semalam, lebih 2.04 juta kes positif Covid-19 dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun lalu, namun kini 227,120 kes yang dilaporkan masih aktif, manakalan 1,800,275 kes telah sembuh sepenuhnya.

Daripada jumlah kes aktif itu, 189,657 atau 83.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 24,296 (10.7 peratus) dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 11,933 atau 5.3 peratus pesakit lagi dirawat di hospital di seluruh negara.

Seramai 1,234 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 710 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut laman web dikendalikan KKM itu, sehingga malam tadi 66.7 peratus daripada populasi keseluruhan di Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 55.0 peratus atau 17,973,545 individu lagi lengkap divaksin.

Sementara itu, rekod juga menunjukkan 92.7 peratus atau 21,783,871 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala 76.8 peratus lagi lengkap divaksin.

Semalam sahaja 202,298 dos suntikan diberikan membabitkan 62,108 dos pertama dan 140,190 penerima dos kedua, menjadikan keseluruhannya 39,685,414 dos diberikan sehingga malam tadi.

Sementara itu, daripada 11,933 kes aktif yang dirawat di hospital 2,170 kes adalah di Johor, diikuti Selangor (1,834 kes); Sabah (1,338 kes); Sarawak (949 kes); Kelantan (911 kes); dan Perak (854 kes).

Seramai 840 pesakit aktif juga dirawat di hospital di seluruh Kedah; Pulau Pinang (741 kes); Pahang (542 kes); Kuala Lumpur (515 kes); Melaka (351 kes);Terengganu (339 kes); Negeri Sembilan (306 kes); Perlis (164 kes); Putrajaya (70 kes); dan Labuan (sembilan kes).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Pembukaan sempadan: Kesesakan lalu lintas dijangka di Johor Bahru esok
March 31, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
12 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok