[KEMAS KINI] Covid-19: 22,399 pesakit sembuh

September 3, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat kepada 330 kes berbanding 249 kes yang dilaporkan semalam. Jumlah ini ni termasuk 62 rakyat asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata angka itu menjadikan kumulatif kes sejak awal tahun lalu meningkat kepada 17,521 kes.

Menurutnya sehingga kini seramai 1,388 pesakit yang ada kaitan dengan Covid-19 dirawat di unit Rawatan Rapi (ICU), membabitkan 975 pesakit positif, dan 413 lagi disyaki dan dalam siasatan.

Katanya, kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula seramai 762 pesakit iaitu 463 kes Covid-19 dan 299 lagi disyaki serta masih dalam siasatan.

“Dalam tempoh itu juga sebanyak 22,399 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 1,528,672 daripada 1,805,382 pesakit telah sembuh sepenuhnya. Sebanyak 259,189 kes lagi masih aktif,” katanya.

Data 3 September 2021

Terdahulu beliau memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 19,378 jangkitan baharu dilaporkan. Jumlah ini termasuk 2,589 individu rakyat asing.

“Jika dilihat daripada 19,378 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 332 kes atau 1.7 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memberitahu dalam tempoh 24 jam itu, 34 lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 4,838 kluster dengan 3,362 telah ditamatkan dan 1,476 masih aktif.

Daripada jumlah kluster baharu itu, 20 melibatkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (lapan), kumulan berisiko tinggi (empat), dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi di Sarawak membabitkan 24 individu, dan keagamaan di Kelantan (13 individu).

Tujuh daripada kluster tempat kerja dikesan di Johor, Selangor (empat), Kelantan (tiga), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Pahang, Perak, dan Sarawak.

Sementara itu, tiga kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (dua) dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, dan Perak. Manakala Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor pula mencatatkan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata nilai RT Malaysia secara keseluruhan bagi dua hari berturut-turut telah mencatatkan bacaan kurang dari 1.0 dan diharapkan ini akan terus menunjukkan penurunan.

Katanya, ini merupakan petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ianya bertambah baik secara perlahan-lahan.

“Situasi Covid-19 dalam negara diharap terus berkembang baik setara dengan peningkatan kadar vaksinasi di samping pematuhan terhadap prosedur operasi standard dan amalan norma baharu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok