Covid-19: 22 bazar Ramadan diarah tutup 1 Mei

April 30, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 22 bazar Ramadan diarah menutup operasi mereka berkuatkuasa 1 Mei ini (Sabtu) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan keputusan itu dibuat susulan pengesanan tanda kontak yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.

“Ia bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, tempoh masa penutupan itu tidak dimaklumkan.

22 bazar Ramadan itu meliputi lapan di Pulau Pinang iaitu di bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; bazar Ramadan Attakwa Taman Bertam Indah; bazar Ramadan bazar Ramadhan, bazar Ramadan Kampung Melayu; bazar Ramadan Masjid Daerah Barat Daya; bazar Ramadan Iftar Ramadan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021; bazar Ramadan Bukit Gedung dan bazar Ramadan Taman Tun Sardon.

Sementara empat bazar di Johor iaitu, bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex; bazar Ramadan Kg Pasir, Jalan Mata Kuching; bazar Ramadan @Mart Kempas; bazar Ramadan Lok Heng.

Dalam pada itu terdapat tiga bazar di Kedah yang diarah tutup iaitu bazar Ramadan Taman Selasih; bazar Ramadan Baling 2021; bazar Ramadan Kupang 2021. Di Pahang dua bazar Ramadan diarah tutup iaitu bazar Ramadan Lurah Semantan dan bazar Ramadan Temerloh Jaya.

Sementara itu di Selangor juga dua bazar Ramadan diarah tutup iaitu Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil dan bazar Ramadan Stesen LRT Cheras, juga dua di Wilayah Persekutuan iaitu bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan satu di Perak iaitu bazar Ramadan Bazar Nenas Kg Selabak.

Kes jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan di negara ini apabila sebanyak 3,332 kes baharu direkodkan di seluruh negara semalam.

Difahamkan kenyataan media rasmi akan dikeluarkan oleh pihak KPKT nanti.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok