Sebanyak 1,854 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 357,607 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes baharu itu membabitkan 1,854 jangkitan tempatan dan 20 lagi kes import.
Lima kematian juga dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Beliau berkata, Sarawak mendahului kes harian tertinggi dengan 555 kes, diikuti Selangor (403 kes) dan Pulau Pinang (176).
Katanya, 169 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 79 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.