Covid-19: 1,767 kes baharu, 12 kematian

Sebanyak 1,767 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 12 kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 1,758 adalah penularan tempatan, manakala sembilan lagi kes import.

“Kes sembuh pula adalah 1,290 menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 16,300.

“Pada masa ini, terdapat 199 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 82 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Sarawak dengan 607 kes, diikuti Selangor (483) dan Kuala Lumpur (133).

BERITA BERKAIT
POPULAR