Covid-19: 1,285 kes baharu, tiga kematian

Malaysia mencatatkan 1,285 kes baharu jangkitan Covid-19 dan tiga kematian sepanjang 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 355,753 sejak pandemik bermula di Malaysia awal tahun lalu.

Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 374, diikuti Sarawak (212) dan Pulau Pinang (162).

POPULAR