Covid-19: 1,199 kes baharu, PKPD di dua lokap di Johor esok

March 27, 2021 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksana di dua lokap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Johor Bahru, bermula esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob.

Katanya, ia akan membabitkan lokap PATI Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika dan lokap PATI Jabatan Imigresen Malaysia, Bangunan Sultan Iskandar.

PKPD selama 14 hari sehingga 10 April depan itu dilaksanakan susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di kedua-dua lokap berkenaan.

Sementara itu, 1,199 kes baharu dan dua kematian direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam itu juga, 1,257 kes sembuh dilapor menjadikan jumlah kes aktif kini ialah 14,209.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,194 adalah penularan tempatan manakala lima kes import, selain 161 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 individu memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19, hari ini.

Selangor mencatat kes harian tertinggi dengan 283 kes diikuti Sarawak (267), Kelantan (138), Pulau Pinang (125), Kuala Lumpur (84), Johor (81), Sabah (64), Negeri Sembilan (43), Melaka (36), Kedah (33), Pahang (30), Perak (sembilan), Terengganu (tiga), Labuan (dua) dan Putrajaya (satu) manakala tiada kes dilapor di Perlis hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan dua kematian yang dilapor hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara dan seorang lelaki bukan warganegara masing-masing berusia 60 dan 52 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Beliau juga berkata, terdapat sembilan lagi kluster dikesan hari ini membabitkan lima kluster di tempat kerja dan empat kluster komuniti.

Kluster di tempat kerja membabitkan Kluster Inanam Taipan dan Kluster Jalan Kastam Baru di Sabah; Kluster Jalan Kong Kong (Johor); Kluster Tapak Bina Bulatan Pandan (Kuala Lumpur); serta Kluster Jalan Putra Square (Pahang).

Kluster komuniti pula ialah Kluster Jalan Gridbid, Kluster Kampung Baru Hilir dan Kluster Jalan Tanjung Kidurong di Sarawak serta Kluster Gong Kulim di Kelantan.

Berita berkaitan
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu· Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
January 29, 2023· Isu semasa
Hasni rasa dipecat kerana sokong idea jawatan tertinggi dipertandingkan
January 28, 2023· Politik
Mangsa banjir di empat negeri kini 12,000 ditempatkan di PPS
January 27, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
6 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
7 jam lalu · Isu semasa
251 kes semalam, tiada kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok