Covid-19: 1,139 kes baharu, empat kematian

Negara masih mencatatkan empat digit bagi kes Covid-19 terbaharu hari ini, dengan 1,139 kes dilaporkan dan empat kematian.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, 1,199 kes telah sembuh sepenuhnya, menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 339,067.

Katanya, daripada 1,139 kes baharu, sebanyak 1,126 adalah kes tempatan, manakala 13 lagi adalah kes import.

Sementara mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi pula adalah seramai 194, dengan 86 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

POPULAR