Contohi Rasulullah pimpin negara, tegakkan Islam, seru Muhyiddin, Hadi

October 9, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat mencontohi perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam dan membangunkan tamadun manusia melalui kepemimpinan terpuji

Dalam kenyataan ucapan sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M kepada seluruh umat Islam, bekas Perdana Menteri itu berkata amalan dan sunnah Rasulullah SAW, perlu dijadikan pedoman hidup.

“Sempena sambutan ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada setiap 12 Rabiulawal, marilah kita sama-sama merenung kembali sejarah perjalanan hidup dan perjuangan baginda dalam menegakkan Islam dan membangunkan tamadun manusia melalui kepimpinan terpuji.

“Kita dituntut memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya serta berdoa semoga kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

“Bagi meningkatkan rasa kasih dan sayang kita kepada junjungan besar SAW, umat Islam dituntut mempelajari sirah dan keperibadian Baginda, mengambil ibrah atau pengajaran, mengamalkan sunah-sunahnya dan menjadikannya sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata segala amalan ini akan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda Rasulullah SAW di samping mengukuhkan lagi silaturrahim sesama kita.

“Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT dan kehidupan kita senantiasa dalam lindungan-Nya, insya-Allah,” kata Presiden Bersatu itu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan sambutan sama juga mengingatkan rakyat untuk mencontohi Rasulullah dalam mendahulukan perpaduan umat.

Menurutnya Rasulullah SAW memulakan langkah mendirikan negara dengan mendahulukan perpaduan umat dalam kalangan penganut Islam daripada kalangan Muhajirin dan Ansar, termasuk kabilah Arab yang lain, bersama individu bukan Arab seperti Bilal bin Rabah RA dan Salman al-Farisi RA.

“Penyatuan dilakukan berasaskan kepada keimanan yang merupakan prinsip yang kukuh dalam diri manusia bagi mengawal diri mereka agar menjadi seorang yang patuh kepada petunjuk Allah SWT (Islam), sekali gus menjadikannya sebagai dasar negara.

“Pada masa yang sama, mengajak penyertaan masyarakat majmuk di Madinah. Pendekatan Rasulullah SAW secara matang dan sejahtera dalam menguruskan negara bermasyarakat majmuk seharusnya menjadi panduan kepada kita bagi membina sebuah negara Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
12 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
December 6, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
4 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok