CITF beroperasi hingga 31 Oktober, KKM ambil alih imunisasi

October 2, 2021 · Isu semasa

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini, sebelum usaha imunisasi diambil alih sepenuhnya Kementerian Kesihatan (KKM) pada 1 November.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata susulan perkembangan semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang berada pada tahap baik.

“Mandat bagi usaha imunisasi penduduk yang selanjutnya, seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipulangkan semula oleh CITF kepada KKM.

“Saya yakin KKM sememangnya berpengalaman dan bersedia, terutamanya apabila KKM kini sedang giat menjalankan vaksinasi Covid-19 remaja,” katanya pada majlis penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Beliau berkata PPV bukan kesihatan yang diuruskan CITF kini telah mula ditutup secara berperingkat di seluruh negara dan menjangkakan tiada lagi PPV bukan kesihatan akan beroperasi selepas 31 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata mulai bulan ini, CITF akan membuat hebahan mengenai saluran untuk orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan di bawah kawal selia KKM.

Beliau memaklumkan KKM, MOSTI dan CITF telah mula berbincang dan menyelaraskan urusan pemulangan semula tugas-tugas imunisasi Covid-19 untuk memastikannya berjalan lancar.

CITF ditubuhkan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Februari lalu sebagai pemantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK.

Sementara itu, beliau berkata semua negeri telah mencapai 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi selepas Sabah merekodkan kadar vaksinasi mencecah 60 peratus kelmarin sekali gus menjangkakan sasaran 100 peratus vaksinasi lengkap penduduk dewasa seluruh Malaysia hujung bulan ini juga hampir menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil atas sumbangan, pengorbanan dan komitmen yang diberikan.

Beliau berkata PPV berkenaan beroperasi sejak 21 Jun lalu dan memberikan lebih 730,000 dos vaksin Covid-19 kepada orang ramai.

PPV Stadium Nasional Bukit Jalil juga merupakan PPV pertama melaksanakan PICK Fasa Tiga di Lembah Klang dan satu-satunya PPV yang dikhaskan untuk ‘walk-in’ atau secara jumpa terus tanpa janji temu kepada bukan warganegara bermula 9 hingga 22 Ogos lepas yang menyaksikan sebanyak 90,579 dos diberikan dalam tempoh tersebut.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok