Ciri baharu MySejahtera bantu proses pengesanan kontrak rapat

December 26, 2021 · Isu semasa

MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MySJ Trace’ untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi hantaran di Twitter hari ini berkata ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok