Cikgu Fadli bebas tiga tuduhan

October 18, 2022 · Isu semasa

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah susulan pendedahan kononnya silibus pendidikan negara pincang.

Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Surat berkenaan ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, yang juga Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beberapa hari lalu, tular kisah Mohd Fadli yang dikatakan bakal dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara.

Perkara itu menarik perhatian Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang berkata silibus pembelajaran itu bukan baharu dibangunkan KPM, sebaliknya ia sudah mula digunakan sejak 2017 dan digubal lebih awal dari itu. https://www.agendadaily.com/isu-semasa/silibus-pendidikan-ada-kitaran-ini-bukan-silibus-radzi-jidin/

“Mengambil ruang ini sedikit untuk saya jelaskan berkaitan dengan silibus ini, pertama sekali silibus yang digunakan pada hari ini adalah silibus yang mula digunakan pada tahun bila, pada 2017.

“Ini bukan silibus ‘Radzi Jidin’, ini silibus yang mula digunakan pada 2017 dan untuk membina silibus ini ianya mengambil masa nak sediakan DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) dan sebagainya. Ia mengambil masa dan prosesnya bermula lama sebelum itu, bukan 2017 terus tukar jadi… tidak,” katanya

Malah, Radzi juga berkata perkara dibangkit Mohd Fadli itu sudah diambil tindakan oleh kementerian dan memberi contoh isu beg berat.

“KPM pada 6 Mac lalu memperkenalkan tujuh inisiatif bagi menangani perkara berkenaan antaranya penyusunan jadual waktu dan pemasangan lokar,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu
November 7, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok