Che’GuBard bidas menteri Islam, Hannah Yeoh isu program gereja

March 14, 2023 · Isu semasa

Muafakat Nasional (MN) membidas sikap membisu menteri dan wakil rakyat beragama Islam yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berhubung program mengajak belia bukan Kristian ke gereja yang didakwa dianjurkan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengerusi Penaja MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin turut mempersoalkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menuduh kenyataan beliau sebagai fitnah sebelum setiausaha politiknya membuat laporan polis.

“Hannah Yeoh, apa yang fitnah? Penganjur program rekrut bukan Kristian ke gereja itu bukan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan ka?

“Atau program ajak bukan Kristian itu tidak wujud ?

“Kalau program itu tidak salah kenapa panik hingga agensi bawah KBS itu padam poster ajak belia bukan Kristian ke gereja?,” soal Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard dalam kenyataan hari ini (14 Mac 2023).

Beliau turut mengingatkan berhubung Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Katanya, sebarang usaha mempromosi agama lain dalam kalangan umat Islam ialah jenayah.

“Semua bebas amal agama masing-masing tetapi promosi (dakwah) agama lain dalam kalangan (umat) Islam itu jenayah.

“Buat program bawa anak muda ke masjid tidak menjadikan program bawa bukan Kistian ke gereja (sebagai sah). Jelas ia mempromosikan Pluralisme dan liberalisme melampau.

“Jangan ingat kamu dah menteri, boleh guna kuasa menekan usaha pertahan agama dan bangsa,” kata Badrul Hisham sambil memetik ayat 6 surah Al-Kafirun yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Badrul Hisham turut mengingatkan bahawa Islam mengajar umatnya hormati semua agama dan melindungi mereka dalam mengamalkan agamanya.

“Namun dengan masuk campur urusan agama kami dan kamu sebar agama kamu dikalangan Islam itu “menjolok sarang tebuan”. Amaran jelas, program ajak pemuda bukan Kristian ke gereja pada 18 Mac di Church Of Our Lady of Lourdes, Klang, wajib dibatalkan.

“Kepada anggota Kabinet beragama Islam dan pemimpin kerajaan… mana maruah kamu bila akidah anak anak Islam diancam,” katanya lagi.

Menerusi hantaran di Facebooknya semalam, Badrul Hisham mempersoalkan sama ada Kristian Evangelist sudah mula melakukan gerak kerja apabila bakal mengadakan program itu.

Katanya sebuah NGO dengan dana daripada KBS sedang mencari belia bukan Kristian untuk dibawa ke gereja.

Susulan dakwaan Badrul Hisham itu, KBS menyangkal dakwaan mengenai sebuah agensi di bawah kelolaannya, Impact Malaysia telah menjadi ‘Kristian Evengelist’ seperti yang tular di media sosial ketika ini.

Hannah berkata, satu laporan polis telah dibuat ke atas Che’GuBard kerana telah mencetuskan dakwaan itu sekali gus memfitnah KBS.

Laporan polis itu telah dibuat oleh Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 6 petang semalam.

Berita berkaitan
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023· Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
September 21, 2023· Isu semasa
Polis tahan Chegubard sebelum perhimpunan bantah kes rasuah Zahid dihentikan
September 14, 2023· Politik
Regim kerajaan campuran sekat kebebasan bersuara, Chegu Bard bidas kerajaan munafik
September 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok