Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China

June 1, 2021 · Isu semasa

Malaysia akan mengemukakan bantahan diplomatik kepada China susulan pencerobohan ruang udara negara yang dilakukan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF), semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein malam ini berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk menyatakan bantahan dan meminta penjelasan berhubung pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia.

“Kementerian Luar merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) di ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Berdasarkan laporan diterima daripada TUDM, Wisma Putra akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik bagi membantah pencerobohan itu kepada pemerintah Republik Rakyat China,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hishammuddin berkata, Wisma Putra juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia untuk mendengar penjelasan berhubung pencerobohan itu.

“Sebagai tambahan, saya akan menyatakan keprihatinan serius Malaysia berhubung kejadian itu kepada rakan sejawat di Beijing,” katanya.

Beliau berkata, pendirian Malaysia adalah jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan mana-mana negara tidak bermakna Kuala Lumpur bersikap bertolak ansur terhadap keselamatan negara.

“Malaysia kekal kukuh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatannya,” tegas beliau.

Terdahulu, TUDM memaklumkan pesawat pejuangnya memintas dan menghalau 16 buah pesawat PLAAF yang menceroboh ruang udara negara semalam.

Kenyataan Bahagian Perhubungan Awam Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan hari ini, berkata TUDM mengesan pesawat tentera China memasuki Zon Maritim Malaysia ZMM Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

“Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 1153H. Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.

“Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Laporan awal nahas Elmina: Objek asing tidak ditemui di komponen enjin
September 15, 2023· Isu semasa
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Nahas di Elmina: Polis rakam percakapan 10 individu saksi
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
21 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok