Cerita Najib berhubung derma Arab umpama ‘cerita dongeng’, kata hakim

December 9, 2021 · Isu semasa

Pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai RM42 juta dalam akaun peribadinya yang didakwa sebagai wang derma Arab adalah dongengan seumpama Hikayat Seribu Satu Malam, menurut Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 308 muka surat, hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata kisah derma Arab itu tidak lain hanyalah rekaan yang langsung tidak mempunyai kredibiliti, lapor Bernama.

“Kisah ini malah lebih dongeng daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam, bukan hanya tidak ada kredibiliti, malah dongeng ini bercanggah, dan ditolak oleh keterangan berdokumen,” katanya.

Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tidak ada bukti langsung yang menunjukkan RM42 juta itu datangnya daripada, atau mungkin datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, malah tidak ada asas yang munasabah bagi perayu untuk mempercayainya.

“Dana ini datang daripada SRC International Sdn Bhd (SRC), dan ia telah dibuktikan. Perayu (Najib) mendakwa bahawa dia mengandaikan dana yang masuk ke dalam akaunnya itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab.

“Bagi menyokongnya, rujukan dibuat kepada beberapa surat bertulisan Arab yang dikatakan ditulis oleh Putera Arab Saudi Abdulaziz Al-Saud bagi pihak Raja Arab Saudi.

“Bagaimanapun penulisnya tidak dipanggil, dan ketulenan surat-surat ini tidak dibuktikan dalam perbicaraan ini. Kandungan surat-surat ini adalah keterangan dengar cakap yang tidak diterima masuk,” kata hakim itu.

Berhubung dua siaran akhbar oleh Peguam Negara pada 2016 Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa Najib tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah berkaitan SRC, serta dananya, di samping kes derma RM2.6 billion; hakim itu berkata ia tidak bernilai, sehinggakan walaupun selepas dua siaran akhbar berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih terus menyiasat sumber dana yang dikatakan dari Arab Saudi itu bagi memastikan sekiranya RM2.6 bilion yang masuk ke akaun perayu adalah derma.

“Pegawai SPRM pergi ke Arab Saudi untuk menyiasat perkara itu, namun gagal mendapatkan sebarang pengesahan daripada pihak yang dikatakan penderma Arab, dalam bentuk bukti yang boleh diterima.

“Oleh itu siaran akhbar Mohamed Apandi itu tidak boleh diterima untuk membebaskan Najib daripada kesalahan, dan ia juga tidak boleh membuktikan pendakwaan salah. Pandangan Mohamed Apandi yang dibuat pada persidangan media itu, adalah mengenai hal ehwal negara sehingga 26 Januari 2016, semasa siasatan sedang berjalan.

“Sudah tentu kenyataan pramatang itu tidak boleh mengikat Peguam Negara selepasnya daripada menggunakan kuasa-kuasa pendakwaannya apabila bukti-bukti tambahan telah dikumpul,” katanya.

Hakim itu berkata Najib tidak mengambil sebarang langkah untuk menyiasat aliran dana yang masuk ke dalam akaunnya, sebaliknya telah dilihat seolah-olah bergantung kepada apa yang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Lo katakan kepadanya, mengenai sumber dana, itu saja.

“Pada masa itu dia adalah perdana menteri dan mempunyai setiap peluang termasuk saluran rasmi kerajaan untuk membuat pertanyaan dan mengesahkan sekiranya dana itu sememangnya benar-benar datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi. Perayu tidak mengambil sebarang langkah sekalipun bagi mengesahkan kebenaran sumber seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Jho Low,” katanya.

Semalam panel itu sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Mereka membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok