Ceramah Ustaz Wadi pula batal, Selangor nafi campur keputusan JAIS

March 5, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Selangor nafi campur tangan dengan keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkait isu larangan penceramah bebas mengadakan ceramah di surau atau masjid di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat di bawah bidang kuasa JAIS termasuk dari segi pendaftaran dan pemeriksaan yang dikelolakan oleh Bahagian Pentauliahan agensi itu.

“Ustaz Mohamad Wadi (penceramah bebas) kena tanya pengarah JAIS, saya tidak pasti sebab program sedemikian di bawah kelolaan JAIS.

“Saya tidak pasti sebab hal-hal ini adalah hal teknikal…sebab pendaftaran, pemeriksaan itu semua dikelolakan oleh JAIS Bahagian Pentauliahan dan biasanya mereka ada perinciannya,” katanya ketika ditemui pada Program #KitaSelangor Penyayang di Banting Waterfront di Kuala Langat, lapor Sinar Harian.

Hari ini, pentadbir laman Facebook penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub memaklumkan semua ceramah beliau di Selangor dibatalkan namun di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tetap diteruskan.

Ceramah yang dibatalkan di Selangor itu dijadualkan berlangsung pada 10 Mac di Masjid Salahuddin Abdul Aziz dan 11 Mac di Padang Astaka Tanjung Karang.

Dalam pada itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shazihan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian berkata semua individu yang mengajar tentang agama di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“Kita seorang yang beragama perlu menghormati sistem, jika permohonan (untuk mengadakan ceramah dibuat) masih dalam proses kena tunggu sehingga ia selesai.

“Mana boleh hanya sebab jika dia ‘public figure’ dan semua proses itu perlu dipendekkan, kita kena hormat semua pihak dan juga perlu menghormati sistem yang telah ditetapkan,” katanya.

 

Berita berkaitan
1,617 kes poligami tanpa kebenaran direkod di Selangor sejak 2019
March 7, 2023· Isu semasa
Ceramah Ustaz Wadi di Selangor pula dibatalkan
March 5, 2023· Isu semasa
JAIS sahkan Azhar Idrus tidak dibenar mengajar agama, tiada tauliah
February 24, 2023· Isu semasa
Ustaz Kazim antara 16 penceramah dilarang di Pulau Pinang
November 4, 2022· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
32 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
44 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok