Cepatnya SPRM dakwa kes baharu, kes yang lama bawah karpet: MP

March 13, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, kini diletakkan di bawah karpet.

Ketika mengemukakan soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini (Isnin, 13 Mac 2023) Ketua Pemuda PN itu membangkitkan isu berkaitan jumlah kakitangan dan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa ketika ini SPRM mempunyai kira-kira 3,000 kakitangan di seluruh negara, dengan 30 peratus daripadanya atau 900 pegawai ditugaskan di bahagian siasatan.

“Soalan saya adakah jumlah 900 ini sudah mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa SPRM dalam mencegah dan menyiasat kes-kes rasuah yang kelihatan semakin banyak pada ketika ini.

“Kita ingin tahu apakah perancangan kerajaan untuk mencapai janji dalam manifesto… bahawa pencalonan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang anggotanya adalah dwipartisan.

“(Kerana) sampai ke hari ini kita tidak melihat lagi apakah langkah ke arah itu supaya orang boleh melihat pendakwaan yang dibuat oleh SPRM ni bukan bermotifkan politik,” katanya.

Ahmad Fadhli mengingatkan bahawa kes-kes lama SPRM dibiarkan, sedangkan kes baharu disiasat dengan begitu cepat dan terus didakwa di mahkamah.

“Kes-kes yang lapuk dibiarkan tetapi kes-kes yang baru disiasat begitu cepat fast tracknya untuk disiasat dan didakwa di mahkamah.

“Sedangkan kes yang disebut-sebut sebelum PRU-15 nampaknya sudah disapu ke bawah karpet,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Namun ia dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dengan ‘laluan pantas’ telah dihadapkan oleh SPRM ke mahkamah atau beberapa tuduhan.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli berkata: “Rakyat minta saya sampaikan… ketika dia susah kita turun ke jalan raya… ketika kita susah kita diminta ambil loan (pinjaman).”

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
25 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
37 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok