CEO syarikat teknologi maklumat antara lapan ditahan kes rasuah

August 3, 2022 · Isu semasa

Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat teknologi maklumat antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan mendapatkan kuota pekerja asing.

Menurut sumber, lima lelaki dan tiga wanita berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini bermula pukul 7 petang hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Kesemua mereka disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 dan RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing.

“Syarikat teknologi maklumat itu dipercayai penyedia platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik oleh kerajaan dan sudah terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai tahun ini,” kata sumber.

Sumber berkata enam individu termasuk CEO syarikat teknologi maklumat itu direman hingga Jumaat ini selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddinn di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, dua individu lagi iaitu seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Berita berkaitan
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
17 jam lalu· Isu semasa
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Siasatan kapal tak siap di peringkat akhir, kata SPRM
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
38 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok