CEO LHDN ditamatkan kontrak ketika kes Najib masih berjalan

October 18, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan keputusan memendekkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Dr. Sabin Samitah dan tamat berkuatkuasa serta-merta esok.

Tindakan tersebut menimbulkan spekulasi ia memandangkan kes berhubung tuntutan cukai terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak sedang berjalan, malah tindakan drastik secara tiba-tiba itu sangat mencurigakan orang ramai.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, keputusan untuk memendekkan kontrak itu dipersetujui bersama agar Sabin dapat “menceburi bidang lain yang bersesuaian dengan minat beliau”.

Beliau akan digantikan oleh Timbalan CEO (Operasi Percukaian) LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi .

Semasa Sabin menyandang jawatan tersebut, LHDN menjadi perhatian berhubung isu tuntutan cukai terhadap Najib dan ahli keluarganya.

Antaranya termasuklah penyerahan notis kebankrapan terhadap Najib atas dakwaan gagal membayar tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Najib yang mencabar tindakan itu juga bertindak melawan dan mengkritik badan tersebut.

Pada 9 September lalu, Najib turut membuat laporan polis terhadap LHDN dengan mendakwa saman tuntutan cukai yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik.

Sebahagian daripada tunggakan cukai itu berkaitan wang berbilion ringgit yang didakwa Najib merupakan “derma Arab”, namun menurut penyiasat diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok