CEO GLC antara didakwa subahat, terima rasuah RM350,000

October 24, 2023 · Isu semasa

Dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan bersubahat dan menerima suapan RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat dilantik melakukan kerja-kerja menaik taraf di Kompleks Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur.

Pertuduhan ke atas CEO iaitu Mohd Zamry Sulaiman, 52, dan Anuar Md Isa, 54, yang bekerja sendiri dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, lapor Bernama.

Mohd Zamry didakwa bersubahat dengan Anuar secara rasuah menerima suapan wang RM250,000 dan RM100,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi Tetuan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Senawang, Seremban pada 1 Jun dan 11 Okt 2022 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.

Anuar pula dituduh secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM350,000 melalui cek daripada individu sama dalam akaun bank miliknya sebagai upah bagi membantu syarikat berkenaan bagi tujuan serupa di lokasi dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Fatin Farhana Ismail.

Mohd Zamry diwakili peguam A. Ashok dan V. Muniandy manakala peguam Azrul Zulkifli Stork mewakili Anuar.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri di Pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan menetapkan 12 Dis untuk sebutan kes.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok