Cemburu disyaki motif wanita sarat tujuh bulan maut ditembak

June 5, 2022 · Isu semasa

Polis tidak menolak kemungkinan cemburu sebagai antara motif seorang wanita hamil tujuh bulan, Emirah Mazlan, 26 tahun, maut akibat ditembak pada perut dalam kejadian di Kampung Repek, Pasir Mas, di Machang, petang semalam.

Emirah yang juga ibu kepada tiga anak, berusia di antara tiga hingga 10 tahun itu, dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya sejak Februari lalu.

Akibat tembakan yang dialaminya, bayi yang berada dalam kandungannya turut meninggal dunia. Mangsa kemungkinan ditembak menggunakan pistol separa automatik .38 berikutan penemuan kelongsong peluru.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurutnya polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.

“Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh walaupun ada pelbagai motif yang diperkatakan.

“Selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi agar apa yang kita jangkakan itu adalah tepat.

Pada masa sama polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa ditembak di lokasi lain sebelum memandu kereta ke lokasi mayatnya ditemukan kerana jarak rumahnya adalah sejauh 15 kilometer.

“Ada dua kemungkinan, mungkin mangsa ditembak di tempat lain tetapi sempat memandu hingga sampai di lokasi kejadian atau mangsa sememangnya ditembak di lokasi berkenaan.

“Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian adalah 15 kilometer sahaja. Berdasarkan percakapan ibu mangsa, wanita berkenaan keluar untuk mengurut,” katanya.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu· Isu semasa
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Keganasan rumah tangga, hak kaum lelaki juga dilindungi
June 12, 2022· Isu semasa
Senator dilantik Pengerusi Finas, Mohamad Salim dilantik Pengerusi SKMM
June 10, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok