Cemas tertukar bayi di hospital

June 13, 2021 · Isu semasa

Seorang usahawan dalam talian ‘Siti Jamumall’ atau nama penuhnya Siti Suriani Wahiddin dan suaminya berdepan detik cemas apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain, malam tadi.

Beliau berkongsikan detik-detik cemas itu melalui Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Siti Suriani berkata, beliau melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi Khamis dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah semalam.

Bagaimanapun, menurut usahawan yang turut dikenali sebagai Siti Pok Pek, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

“Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada jam 2.30 pagi semalam,” katanya.

Selepas menyedari perkara itu, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Difahamkan, Siti Suriani melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 2.30 pagi semalam yang juga anak keduanya selepas berkahwin pada April 2019 ketika berusia 19 tahun.

Menerusi perkongsian FB Live itu, Siti Suriani turut membuat penstriman secara ‘live’ perjalanan beliau bersama suami dan bapa mentuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi dalam jagaannya dan mengambil bayinya semula.

Sebaik sampai, suami dan bapa mentuanya bertemu pihak hospital yang kemudian mengesahkan bayi itu tertukar.

Siti Suriani yang menunggu dalam kenderaan sempat dimaklumkan oleh suaminya yang bayi mereka berada di hospital sebelum penstriman ‘live’ itu terhenti selepas hampir sejam 49 minit bersiaran.

Video rakaman FB Live berkenaan mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizan memberi semangat kepada Siti Suriani menghadapi detik cemas itu, selain ada yang mencadangkan beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak hospital kerana cuai.

Selain itu, ada juga memintanya terus berhubung dengan keluarga bayi yang tersalah diberikan kepadanya itu kerana beliau sudah menjadi ibu susuan bayi berkenaan.

Berdasarkan FB Live terbarunya malam ini, Siti Suriani memaklumkan beliau sudah menemui bayinya itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Covid-19 : Kes mingguan meningkat lebih 57%, kata Dr Noor Hisham
November 7, 2022· Isu semasa
Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital, PKRC meningkat
October 24, 2022· Isu semasa
Banduan tidak boleh keluar sebarang kenyataan, kata Jabatan Penjara ulas isu Najib
October 20, 2022· Politik
Laporan kesihatan pesakit hanya boleh dikemukakan di mahkamah, kata KKM
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
15 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok