Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung

June 10, 2022 · Isu semasa

Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri keretanya di Felda Hilir Satu di Kuantan, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung, sebelum lelaki itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu bagaimanapun berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu, diturunkan di tepi Jalan Kuantan-Maran dan diambil oleh ibunya yang mengejar kereta Perodua Alza miliknya itu, dengan menaiki kereta kawannya.

Kejadian berlaku pada 6.30 petang semalam, semasa mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik didakwa mengikut ibunya berusia 34 tahun ke rumah rakannya di felda itu, dan ditinggalkan dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin selama beberapa minit.

“Ibu mangsa mendakwa jiran rakannya memaklumkan kereta itu telah dilarikan seorang lelaki, menyebabkan mereka bergegas mengejar suspek. Suspek telah menurunkan kanak-kanak itu beberapa kilometer dari lokasi kejadian dan terus melarikan kenderaan,” katanya menurut Bernama.

Wan Mohd Zahari berkata suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja itu, akhirnya berjaya ditahan oleh pasukan kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, melarikan kereta itu, kerana mahu pulang ke kampung di Mentakab, Temerloh.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada sidang media di IPD Kuantan hari ini, Wan Mohd Zahari berkata polis menumpaskan ‘Geng Padil’ yang dipercayai aktif menyamun sekitar bandar raya ini sejak Mei lepas, dengan penahanan dua lelaki warga tempatan baru-baru ini.

Suspek berusia 22 dan 29 tahun itu yang dipercayai mulai aktif sejak Mei lepas, ditahan dalam serbuan di Jalan Batu Hitam, Beserah pada Rabu lepas semasa menaiki kereta Perodua Kancil yang dilaporkan dicuri pada 2 Jun lepas.

“Mereka dipercayai melakukan jenayah itu dengan mencari mangsa yang berjalan seorang diri, sebelum mengugut mereka dengan menggunakan parang untuk menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata suspek dipercayai terlibat dengan lima kes jenayah termasuk samun, curi kenderaan, dan pecah kedai, dengan anggaran kerugian sekitar RM10,000.

Kedua-dua suspek yang didapati positif dadah kini direman sehingga Ahad ini.

Berita berkaitan
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
39 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok