Celcom Axiata berusaha penuhi tarikh akhir proses rundingan laksana 5G

May 26, 2022 · Isu semasa

Celcom Axiata Bhd memberi jaminan untuk cuba memenuhi tarikh akhir proses rundingan dengan Digital Nasional Bhd (DNB) mengenai perjanjian perkhidmatan bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd Datuk Izzadin Idris berkata syarikat itu diberikan tempoh sehingga 30 Jun depan bagi memuktamadkan proses tersebut.

“Kami berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi proses tarikh akhir (rundingan),” katanya dalam satu sidang akhbar bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) firma itu hari ini.

Menurut laporan media, Celcom Axiata, Digi Telecommunications, Maxis Bhd dan U Mobile berhasrat untuk memiliki kepentingan majoriti dalam agensi 5G negeri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata rundingan antara syarikat telekomunikasi (telco) dan DNB sedang dijalankan, yang mana, syarikat-syarikat terbabit sedang dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan mengesahkan bahawa para pemegang saham telah meluluskan cadangan pengambilalihan kepentingan sebanyak 66.03 peratus dalam PT Link Net Tbk (LinkNet) Indonesia.

Semasa AGM hari ini, beliau berkata majoriti pemegang saham bersetuju dengan cadangan pengambilalihan yang berharga 8.72 trilion rupiah (RM2.55 bilion) itu.

“Majoriti 57.83 peratus mengundi sebagai tanda setuju manakala 42.17 peratus menentang,” katanya.

Sementara itu, Izzadin berkata pembelian Linknet akan membolehkan Axiata mengukuhkan kedudukan pasarannya, memantapkan lagi langkah strategik syarikat itu ke pasaran jalur lebar tetap yang belum ditembusi sepenuhnya dan memacu pengembangannya di Indonesia.

Pada sidang akhbar yang sama, Axiata telah melancarkan Pelan Tindakan Iklim Bersih Sifar, dengan tujuan untuk mencapai pelepasan bersih-sifar tidak lewat daripada 2050, dengan sasaran jangka pendek pada 2030 bagi mengurangkan pelepasan karbon operasi sebanyak 45 peratus.

“Berpandukan pelan tindakan ini, Axiata akan memulakan strategi tiga serampang untuk mempercepatkan usaha nyahkarbon dalam operasi rangkaiannya, mempercepat transformasi rantaian nilai dan menyampaikan agenda iklim yang inklusif,” kata Izzadin. – Bernama

Berita berkaitan
Lepas ini UMNO cadang tubuh Lembaga Kambing pula: Rafizi
June 25, 2022· Politik
PM tak hadir Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel, Menteri Luar ganti
June 21, 2022· Isu semasa
Ericsson perjelas kontrak 5G diperoleh atas merit
March 4, 2022· Isu semasa
Malaysia mengorak langkah percepat pelaksanaan 5G
December 20, 2021· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
8 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
31 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
38 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
49 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
57 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok