Cegah risiko buruk cuaca panas

May 9, 2023 · Isu semasa

Cuaca panas melampau di Malaysia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga membawa risiko yang serius kepada kesihatan, alam sekitar, dan infrastruktur.

Bayangkan pukul 10 pagi pun rasa panas seperti 12 tengah hari. Lebih perit, mereka yang menunggang motosikal rasa macam kena bakar.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini mengeluarkan amaran mengenai cuaca panas di Semenanjung, terutamanya di bahagian Utara dan Pantai Timur.

Cuaca panas itu bakal menyaksikan peningkatan suhu pada tahap satu iaitu antara 35 hingga 37 darjah Celsius sehingga Ogos susulan peralihan monsun.

Rentetan itu, orang ramai disaran supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk minum air kosong secukupnya bagi memastikan tubuh kekal terhidrat dalam tempoh sukar ini.

Masyarakat juga disaran meminimumkan aktiviti luar, terutamanya ketika waktu tengah hari bagi mengurangkan pendedahan pada cuaca panas

Mereka yang terdedah kepada cuaca panas melampau dalam tempoh lama akan mengundang risiko kepada kesihatan terutamanya keletihan haba atau strok haba.

Hal ini kerana, tubuh badan manusia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang terlalu mendadak.

Antara golongan yang paling berisiko mengalami masalah strok haba adalah kanak-kanak kerana sistem saraf mereka belum berkembang sepenuhnya.

Justeru, ibu bapa perlu mengawasi dan menasihati anak-anak mereka supaya mengambil langkah perlu bagi mengelakkan diri daripada mengalami strok haba.

Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak supaya minum air secukupnya dan elakkan diri daripada bermain ketika waktu panas.

Biasalah kanak-kanak kalau sudah seronok bermain, kadang-kadang mereka tidak peduli lagi dengan keadaan cuaca sama ada panas atau hujan. Selain itu, ibu bapa perlu peka dengan tanda-tanda atau simptom sekiranya anak mereka mengalami masalah strok haba.

Menurut laman sesawang Health Digest, antara simptom strok haba adalah kulit terasa panas, suhu badan melebihi 40 darjah Celsius, pertuturan tidak jelas, berpeluh dengan banyak dan pernafasan menjadi laju.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan yang menyarankan murid dan guru supaya berpakaian sukan sewaktu pembelajaran di sekolah kerana ia akan menjadikan mereka lebih selesa. Malah kebanyakan sekolah membenarkan pemakaian sukan sepanjang cuaca panas supaya murid berasa selesa.

Pihak sekolah juga disaran supaya memastikan kipas di sekolah berfungsi dengan sempurna, kerana ada sekolah yang kipasnya sangat uzur siap pakej bergoyang dan berbunyi lagi. Aktiviti luar murid juga perlu dihadkan termasuk menangguhkan hari sukan atau program kokurikulum buat sementara waktu.

Hakikatnya, cuaca panas melampau ini berlaku disebabkan oleh penipisan lapisan ozon yang berfungsi menyerap sinaran ultra ungu berbahaya supaya tidak memasuki ruang dan permukaan bumi.

Penipisan lapisan ozon ini berlaku disebabkan pembebasan gas rumah hijau ke udara hasil daripada tangan-tangan jahat manusia sendiri.

Berita berkaitan
Ramai jemaah Haji negara alami dehidrasi akibat cuaca panas
May 27, 2023· Isu semasa
Ajak pelajar sekolah tonton Untold Story, pembangkang tuntut menteri jawab
May 25, 2023· Isu semasa
Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat
May 13, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
50 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok