Cedok-cedok live ada unsur ‘haram’?

July 21, 2022 · Isu semasa

Sejak akhir-akhir ini ramai terjebak dengan trend  jual beli ‘cedok live’.

Disiarkan menerusi laman sosial TikTok dan Instagram, antara barangan yang dijual ‘cedok-cedok’ secara langsung adalah seperti kerongsang, coklat, gula-gula, alat solek, tudung dan banyak lagi.

Penjual biasanya akan melakukan penstriman langsung menerusi akaun TikTok masing-masing manakala pelanggan yang terdiri daripada warga maya akan membuat pesanan masing-masing.

Selepas membuat pesanan di ruangan komen, barangan yang akan dicedok secara langsung.

Malangnya, ia dikatakan tidak sah kerana wujud unsur gharar.

Menurut pendakwah, Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin berkongsi mengenai trend jual beli ‘cedok-cedok live’ yang sedang menjadi ikutan ramai.

Tidak salah kita hendak berjual beli, tapi kena ingat. Kita perlu menjaga halal dan haram.

“Mana kita dapat belajar bab cedok-cedok ini kan? Sebenarnya amalan cedok mencedok ini ia dekat dengan mulamasah,” tuturnya.

PU Amin turut berkongsi, Iman al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Mas’ud RA, ia berkata:

“Nabi SAW melarang mulamasah dan munabadzah dalam jual beli.”

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, “(Jual beli mulamasah), iaitu masing-masing daripada dua orang menyentuh pakaian milik temannya tanpa ia perhatikan dengan saksama.”

Menurut PU Amin, perkara itu pernah diamalkan pada zaman jahiliah.

“Sebab itu kalau kita hendak berniaga, jauhkan daripada unsur-unsur gharar.

“Apa yang dapat dilihat dalam ‘cedok live’ ada unsur gharar yang sangat ditegah dalam agama,” katanya.

Dalam istilah perundangan Islam, gharar dikaitkan dengan kontrak jual beli yang diharamkan kerana mengandungi unsur-unsur keraguan yang mungkin akan menyebabkan perselisihan antara pembeli dan penjual.

Lebih-lebih lagi jual beli ketika ‘cedok live’ yang mana bayaran dibuat oleh pembeli tanpa mengetahui kuantiti barang yang akan diperolehi.

“Ingat, yang kecil-kecil itu akan dihisab dan dihitung oleh ALLAH SWT, jadi jaga diri kita,” katanya.

PU Amin menegaskan ‘cedok live’ mempunyai unsur gharar dan ketidakpastian, unsur dicipta dan penganiayaan.

Kongsinya, dua faktor penyebab jual beli ‘cedok live’ tidak layak iaitu adanya unsur jahalah (ketidakjelasan barang) dan masih tergantung dengan syarat.

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.

Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual.

Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan. Tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Sementara itu, Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Cedok-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan perniagaan mahupun sengaja dijadikan kandungan (content).

Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Skandal LCS: Rafizi dakwa syarikat ditubuh di Malta bawa lari RM192 juta
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
9 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
10 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
10 jam lalu · Isu semasa
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok