Cecah 300 ribu dos sehari, program vaksinasi berada di landasan tepat

July 6, 2021 · Isu semasa

Putrajaya menyifatkan pencapaian melepasi 300,000 dos pada Isnin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meletakan negara berada di landasan yang tepat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan optimis dengan usaha dan inisiatif yang dirancang sasaran untuk mencapai imuniti berkelompok akan dapat dicapai mengikut garis masa yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, semalam kita berjaya mencapai kadar vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari, dengan sejumlah 6.585 juta orang sudah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta lagi lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Melihat kepada pencapaian ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada dalam landasan tepat, insya-Allah,” kata beliau dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

Jelas beliau, pencapaian itu adalah seiring pengumuman beliau berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Jun lalu yang mensasarkan kadar vaksinasi lebih 300,000 dos sehari menjelang Julai.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata inisiatif mempercepatkan pemberian vaksin kepada seramai mungkin penduduk di negara ini turut direalisasikan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menurut beliau, ia penting bagi memastikan negara berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa rakyat Malaysia kembali menjalani kehidupan yang menghampiri kehidupan sebelum pandemik Covid-19.

Perdana Menteri tidak lupa berterima kasih kepada Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan rakyat Malaysia yang menjayakan program vaksinasi terbesar di negara ini.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok