Cara UMNO, BN selesai masalah rakyat dah tak boleh pakai: Rafizi

August 3, 2022 · Isu semasa

Negara tidak boleh lagi menyelesaikan beban rakyat dengan menggunakan kerangka serta pemikiran sama yang kerap kali digunakan UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk menyuntik dana kepada syarikat.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi contoh masalah kenaikan harga barang yang berlaku sejak lebih sedekad lalu.

“Kekalahan UMNO/BN dalam PRU12 (2008) sebenarnya banyak berpunca dari kenaikan mendadak harga barang sehingga BN disamakan dengan jolokan “Barang Naik”.

“Namun, selama lebih sedekad, pendekatan UMNO/BN (yang menjadi kerajaan sepanjang 2008 hingga 2022 kecuali 2018 ke 2020) tetap sama – apabila kemarahan rakyat memuncak, ada campur tangan di sana secara tidak terancang (ad hoc) yang tidak menyelesaikan masalah punca kepada krisis kenaikan harga barang.

“Begitu juga dengan masalah perumahan yang dihadapi rakyat. Pendekatan UMNO/BN selama ini hanyalah dengan menggunakan dana rakyat untuk disuntik kepada syarikat-syarikat perumahan milik kerajaan yang fungsi dan model perniagaannya sama dengan syarikat pemaju swasta.

“Akhirnya, berlaku lambakan rumah yang tidak mampu dimiliki rakyat kerana tidak tepat dengan kedudukan dan kehendak ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menggariskan lima kelompok isu yang memerlukan idea untuk dijadikan dasar yang lebih praktikal, berteknologi dan membawa rakyat ke arah masyarakat moden yang tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata bagi menyelesaikan masalah.

Lima kelompok isu yang beliau gariskan iaitu:

(1) Merubah landskap ekonomi negara untuk beralih dari kegiatan pertanian komoditi semata-mata ke arah industri pemakanan bersepadu berteraskan teknologi yang menekankan penyertaan kumpulan ekonomi yang pelbagai (individu, usahawan kecil, syarikat kecil sehinggalah kepada syarikat konglomerat). Ini untuk memastikan keterjaminan sumber makanan negara dan menyelesaikan masalah rantaian bekalan untuk mengawal kenaikan harga barang.

(2) Merubah portfolio penjanaan dan penggunaan tenaga negara ke arah tenaga boleh diperbaharui (“renewable energy”). Selain mengelakkan pergantungan kepada sumber alam yang harganya turun naik, ia juga membantu menurunkan beban elektrik isi rumah. Paling penting, ia akan dapat melonjakkan guna pakai tenaga profesional berkemahiran dalam sektor ini untuk mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.

(3) Merubah pendekatan penyediaan perumahan di negara ini dari segi model pemilikan (dari pembiayaan berfaedah rumah yang belum siap dibina ke arah pembelian rumah sudah siap dibina dan pemilikan berkonsep sewa-untuk-dimiliki) dan kos pembinaan, dengan melonjakkan aplikasi teknologi pada skala industri.

(4) Merubah pendekatan pedagogi dan capaian pendidikan ke arah aplikasi digital secara besar-besaran untuk memastikan pendidikan bermutu disediakan kepada seberapa ramai rakyat tanpa kekangan kos, sementara pelaburan sebenar ditumpukan kepada pembangunan perisian pendidikan (“software and content”) bukannya pembinaan infrastruktur semata-mata.

(5) Merubah portfolio sumber tenaga kerja dan modal insan negara untuk beralih kepada tenaga kerja berasaskan teknikal, teknologi, keusahawanan dan vokasional (TTKV) dengan meningkatkan aplikasi teknologi dan mesin dalam bidang-bidang yang banyak menggunakan tenaga manual seperti pembinaan dan perladangan. Secara langsung, ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bergaji berpatutan dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Rafizi berkata perkara melibatkan dasar dan program kerajaan seperti ini tidak menarik seperti polemik politik yang dimainkan oleh segelintir ahli politik.

Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab pimpinan politik untuk mengajak seluruh masyarakat menumpukan perhatian dan idea kepada perkara-perkara ini kerana masalah yang berpunca dari isu-isu ini akan terus membebankan rakyat.

“Selain daripada kempen politik biasa, kita juga wajar keluar dari kepompong polemik politik yang dimainkan UMNO/BN dalam usaha kita meyakinkan rakyat.

“Bagi rakyat biasa yang cintakan kemajuan dan kemakmuran negara yang adil, kita juga bertanggungjawab menyumbang idea dan kehendak kita ke arah Malaysia yang kita ingini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
3 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
4 jam lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
14 jam lalu· Politik
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
14 jam lalu· Politik
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Hakim Syarie akan saman Lokman Adam berhubung tuduhan gangguan seksual
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,375 kes baharu, 11 kematian
6 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
13 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
13 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
21 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok