Campur tangan politik: 15 pekerja Ketengah ditamat perkhidmatan

July 25, 2022 · Isu semasa

Badan Pimpinan Bersatu Terengganu kecewa dengan tindakan Ketengah Holdings Sdn Bhd (KHSB) yang menamatkan perkhidmatan 15 kakitangannya tanpa alasan kukuh.

Ketua Penerangannya Badrolhisham Mohd Shafie berkata penamatan perkhidmatan kakitangan terbabit telah bermula 16 Jun lalu apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengambil alih jawatan Pengerusi Ketengah pada 1 Jun.

“Badan Pemimpinan Bersatu Negeri Terengganu amat berdukacita dan kesal dengan Tindakan Pihak Pengurusan Ketengah Holdings Sdn Bhd atas tindakan yang dibuat.

“Pihak Bersatu amat bimbang sekiranya tindakan yang dibuat tanpa diberikan alasan kukuh penamatan sebagaimana didakwa adalah berunsurkan “Campurtangan Politik”.

“Untuk rekod, sebelum penamatan pekerja KHSB, pihak pengurusan Ketengah telah menamatkan perkhidmatan Pengerusi-pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Ketengah bermula pada 16 Jun 2022 secara terpilih.

“Penamatan ini dibuat sebaik sahaja Datuk Seri Ahmad Said mengambilalih jawatan Pengerusi Ketengah pada 01 Jun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badrolhisham berkata tindakan menamatkan perkhidmatan 15 kakitangan berkenaan akan menjejaskan pendapatan keluarga secara mengejut dalam keadaan ekonomi negara yang sedang dilanda inflasi.

“Sebagai sebuah anak syarikat milik kerajaan , sewajarnya KHSB mendokong dasar kerajaan yang berusaha menjana pendapatan rakyat dan memperluaskan peluang pekerjaan.

“Kenaikan harga sawit sejak 3 tahun lepas, telah membolehkan KHSB menjana pendapatan syarikat yang amat kukuh. Seharusnya prestasi baik syarikat membolehkan KHSB memperkembangan operasi dengan membuka luas peluang pekerjaan bukan sebaliknya.

“Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, amat berharap agar Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Besar Terengganu campurtangan bagi membela nasib pekerja serta keluarga mereka yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Niaga & Tours Sdn Bhd, Mohd Nuhairi Muhammad menuntut penjelasan daripada pengurusan tertinggi punca mereka ditamatkan perkhidmatan lebih awal daripada tempoh sepatutnya.

Katanya pemecatan itu dibuat tanpa alasan yang kukuh selain diberi notis mengejut sehingga menjatuhkan maruah mereka.

Katanya, tindakan berkenaan tidak wajar dilakukan oleh sebuah agensi kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat namun sebaliknya pula berlaku apabila mereka kini hilang mata pencarian secara tiba-tiba.

“Penamatan kontrak ini mengundang persepsi buruk kepada bakal majikan seolah-olah kami melakukan kesalahan jenayah sekali gus meletakkan kami dalam keadaan tertekan.

“Ada antara kami ditamatkan perkhidmatan setahun sebelum kontrak mereka berakhir, selain tidak dinyatakan jumlah pampasan yang akan diterima. Seolah-olah tiada nilai kemanusiaan,” katanya semalam.

Berita berkaitan
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,516 kes semalam, 15 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
11 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mungkin perlu keluar wang tambahan untuk siapkan kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok