Calon PN Larkin gesa tindakan segera tangani masalah banjir kilat

March 3, 2022 · Isu semasa

Masalah banjir kilat yang tiada penyudah dialami penduduk sekitar di Jalan Tiong, Larkin Jaya perlu ditangani segera, kata calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Zulkifli Bujang.

Zulkifli yang pertama kali bertanding di DUN tersebut berkata sepanjang kempennya bertemu dengan penduduk setempat, orang ramai memintanya untuk melihat isu banjir kilat tersebut dan mengambil langkah secepat mungkin menyelesaikan permasalahan itu jika dilantik sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

“Dimaklumkan air naik hingga ke paras lutut dan air masuk ke rumah beliau, jadi kami datang untuk bantu kemaskan,” kata Zulkifli yang turut bersama-sama ahli jawatankuasa Surau Ar-Rahman meredah air banjir itu bagi meninjau kerosakan pada projek Agro-Tiong tersebut.

Menurut penduduk, sejak 2019 sebanyak 25 kejadian banjir kilat telah berlaku di kawasan itu didakwa berpunca daripada projek pembinaan landasan kereta api berkembar berdekatan yang mula dibina pada 2018.

Setiausaha Surau Ar-Rahman Larki Jaya Shahrom Othman berkata penduduk setempat berasa bimbang setiap kali berlakunya hujan lebat.

“Kami di surau beri peringatan kepada penduduk, di mana sahaja kamu berada, kena bersiap sedia untuk balik kemas surau dan rumah bila berlaku hujan lebat.

“Kepada pemimpin kami nanti, tunaikanlah janji dan tengoklah kami di sini. Kami bukan nak bantuan duit, tapi bantulah selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, sebuah projek tanaman dan ternakan yang dipanggil “Agro-Tiong” yang diusahakan ahli kariah surau dan penduduk di sini turut terjejas setiap kali berlakunya banjir.

“Kami tubuhkan Agro-Tiong untuk bangunkan kawasan sekeliling. Tanaman cili, sawi, kacang panjang dan ada juga ternakan ikan dan udang diusahakan oleh penduduk kampung,

“Setiap kali terjadinya banjir, nilai kerugian dianggarkan tidak kurang RM10,000 dan jemaah serta penduduk terpaksa keluar duit sendiri untuk baik pulih,”

Dalam pada itu, Zulkifli menggesa pemaju projek landasan berkembar itu bertindak segera menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk.

Semasa kejadian terbaharu banjir kilat yang melanda kawasan itu semalam, antara mangsa yang terjejas adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menetap di premis surau.

Zulkifli bakal berdepan pertandingan enam penjuru menentang Mohd Hairi Mad Shah (Barisan Nasional), Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Parti Pejuang), Dr Zamil Najwah Arbain (PKR), Rasid Abu Bakar (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan NorRamadan Buan (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian PRN Johor manakala undi awal pada 8 Mac.

Berita berkaitan
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
10 jam lalu· Isu semasa
DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB
June 3, 2023· Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
June 2, 2023· Politik
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
10 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok