Cadangan pilihan raya semula libatkan MP lompat parti diperhalusi

May 17, 2022 · Isu semasa

Pilihan raya semula (recall election) akan diperhalusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, ia bagi memberi mandat kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat yang baharu sekiranya berlaku senario lompat parti, kata Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Per­dana Menteri (Parlimen dan Un­dang-Undang) itu berkata cadangan pilihan raya semula antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat Khamis ini, bagaimanapun keutamaan akan diberikan berhubung pindaan rang undang-undang menghalang Ahli Parlimen melompat parti terlebih dahulu.

“Kita telah bersetuju, pindaan untuk menghalang lompat parti tapi mungkin masih ada cada­ngan yang belum kita perhalusi mengenai recall election.

“Tetapi rakyat sendiri tak boleh bertindak untuk mengambil tindakan pada wakilnya jika tak buat apa yang rakyat nak iaitu recall election, jadi kita lihat benda ini mungkin akan buat undang-undang satu lagi, tetapi kita selesai satu peringkat dulu (pindaan anti lompat parti),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Khamis ini, Jawatankuasa Khas Parlimen akan memuktamadkan Draf Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang bakal didrafkan Jabatan Peguam Negara kemudiaannya.

“Draf yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat pada 19 Mei nanti adalah untuk memuktamadkan draf Rang Undang-Undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang digubal oleh Jabatan Peguam Negara berlandaskan dasar-dasar yang diputuskan hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelasnya keputusan tersebut dicapai selaras dengan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Dewan Rakyat yang diluluskan pada sidang Mesyuarat Khas pada 11 April lalu.

Menurutnya, penyata itu akan dibentangkan kepada Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas untuk mendapat persetujuan dan seterusnya akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan pada Jun 2022.

“RUU ini dicadang akan dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan di tetapkan nanti,” katanya.

Untuk rekod pembentangan usul RUU tersebut sepatutnya berlangsung pada sidang khas 11 April lalu selepas gagal dibawa semasa sesi Dewan Rakyat pada Mac, bagaimanapun sekali lagi tiada RUU tersebut gagal dibentang kerajaan.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
June 2, 2023· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok