Cadangan perkenal GST, rakyat sudah terhimpit sekarang: Hadi

June 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya jika ingin melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata sebarang keputusan yang diambil kelak perlu mengambil kira kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.

“Jangan kenakan cukai terhadap barangan asasi…rakyat sudah terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup yang berlaku sekarang.

“Pertimbangkan ia dengan cara yang saksama iaitu kesannya terhadap bebanan rakyat dan tanggungjawab (yang perlu dilakukan) kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di Marang, hari ini

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan GST.

Ia sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat selain GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.

Berita berkaitan
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu· Politik
Akta Hasutan: Kertas siasatan dua pemimpin PN diserah kepada AGC
9 jam lalu· Politik
Jangan diulang peristiwa 13 Mei, pesan Hadi
June 7, 2023· Politik
Minda Presiden PAS: Kaum Cina dan India jangan tertipu oleh DAP
June 7, 2023· Rencana
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok