Cadangan larang MP berdepan kes mahkamah hadir Parlimen belum muktamad

June 5, 2022 · Isu semasa

Keputusan masih belum dimuktamadkan Kabinet berhubung cadangan melarang Ahli Parlimen (MP) yang sedang berdepan perbicaraan kes mahkamah, daripada menghadiri persidangan serta menjalankan urusan lain di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masih belum ada perbincangan secara terperinci untuk melarang MP berdepan kes mahkamah daripada hadir ke Parlimen, ia susulan cadangan tersebut diutarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.

“Kita belum membincangkannya dalam Kabinet secara terperinci, antaranya Ahli Parlimen yang dihadapkan ke mahkamah, tidak dibenarkan masuk ke Parlimen, sama ada dalam undang-undang atau etika bawah Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Ia masih terlalu awal dan kita belum bincangkan secara terperinci dalam Kabinet. Ia (perbincangan) belum dijadualkan bila lagi dan tidak dibawa pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

“Kita tidak boleh hanya mendengar pandangan saya semata-mata (mengenai cadangan berkenaan). (Perbincangan pada peringkat) Kabinet bermakna (pandangan) semua menteri. Perincian nanti kita akan bincangkan dalam (mesyuarat) Kabinet,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, media melaporkan, Kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan MP yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Wan Junaidi berkata, perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

Cadangan tersebut mendapat tentangan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan ia sebagai satu keputusan zalim.

Ahmad berkata cadangan itu melanggar prinsip asas ‘tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah’ dan beban pembuktian ‘di luar keraguan munasabah’.

Berita berkaitan
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu· Isu semasa
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
4 jam lalu· Politik
Pembangkang harus rapatkan saf ketika UMNO kini retak menunggu belah
9 jam lalu· Rencana
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
9 jam lalu· Politik
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
RM9.40 sekilogram harga siling baharu ayam mulai 1 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok