Cadangan kerajaan agar majikan naikkan caruman bawa mudarat: SAMENTA

May 3, 2023 · Isu semasa

Cadangan supaya majikan menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibantah Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

Persatuan mewakili industri PKS itu menyifatkan cadangan untuk menaikkan caruman majikan itu sebagai tidak wajar kerana ia akan membawa lebih mudarat kerana situasi ekonomi yang masih lembap.

“Sebarang kenaikkan caruman KWSP ketika ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan bukan sahaja tidak produktif, tetapi akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada membantu rakyat Malaysia,” kata Pengerusinya, Datuk William Ng dalam satu kenyataan hari ini.

Ng juga meminta agar cadangan tersebut dikaji semula sebelum ia dilaksanakan dan mencadangkan agar kerajaan menumpukan kepada usaha mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi terlebih dahulu.

“Oleh itu, kami menggesa Jemaah Menteri untuk menolak cadangan tidak berasas ini dan sebaliknya memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan membantu perniagaan dan golongan pekerja menjadi lebih produktif.

“Pemulihan ekonomi kita pasca-pandemik masih tidak rapuh. Walaupun ekonomi secara kasarnya telah pulih ke tahap tahun 2019, PKS terus ketinggalan di belakang syarikat-syarikat yang lebih besar.

“Sebagai contohnya, statistik untuk tahun 2021 menunjukkan bahawa PKS hanya berkembang sebanyak 1 peratus berbanding 4.4 peratus untuk syarikat yang lebih besar.

“Pemulihan yang tidak seimbang ini diburukkan lagi dengan peningkatan kos yang melanda PKS,” ujarnya lagi.

Selain itu, Ng juga berkata kenaikkan gaji minimun pada 2020 sebelum ini juga sudah cukup membebankan pemain industri.

“Perlu diingat bahawa PKS kita terpaksa menanggung kenaikan gaji minimum sebanyak dua kali sejak tahun 2020. Kami juga dipaksa memberikan faedah sampingan yang lebih tinggi, termasuk cuti bersalin yang lebih lama dan ambang yang lebih rendah untuk bayaran lebih masa.

“Kami masih menunggu jawapan daripada kerajaan kepada rayuan kami agar kos tambah ini disubsidi seperti yang diamalkan di Singapura dan UK,” katanya.

Ng juga menggesa agar kerajaan mencari jalan terbaik ke arah mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi daripada mengambil langkah yang akan menekan pemain industri.

“Sebaliknya, kita mesti meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dengan mewujudkan lebih banyak industri dan pekerjaan bernilai tinggi, menggalakkan rakyat Malaysia menabung wang dengan lebih banyak, dan melindungi PKS kita dengan segala kos supaya
pekerjaan dan kehidupan rakyat Malaysia terlindung,” katanya.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok