Bursa saham terus ditutup rendah

August 22, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur terus mengambil keuntungan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di bursa serantau dengan sentimen kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan serantau dan global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 17.07 mata atau 1.13 peratus untuk ditutup kepada 1,487.37 berbanding paras penutup 1,504.44 pada Jumaat minggu lepas, lapor Bernama.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka 2.83 mata lebih rendah pada 1,501.61 pagi ini bergerak antara paras 1,486.37 dan 1,502.07 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 670 berbanding 219, manakala 377 kaunter tidak berubah, 1,062 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.18 bilion unit bernilai RM1.56 bilion daripada 2.11 bilion unit bernilai RM1.53 bilion sebelumnya.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau diniagakan bercampur-campur apabila kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global dan peningkatan berterusan kadar faedah telah menjejaskan sentimen.

“Sementara itu di China, saham ditutup positif selepas bank pusat negara itu menurunkan kadar utama pinjamannya sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, meskipun perkembangan global itu, aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka berlaku di bursa tempatan.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI diniagakan tidak berubah berlegar dalam jajaran 1,480-1,500 bagi minggu ini,” katanya.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi Maybank susut lima sen kepada RM8.87, Public Bank turun dua sen kepada RM4.59, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM8.70 dan CIMB berkurangan 11 sen kepada RM5.31.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy turun satu sen kepada empat sen, South Malaysia Industries meningkat 2.5 sen kepada 50 sen manakala Metronic, Cnergenz dan MYEG semua tidak berubah masing-masing kepada 5.5 sen, 88.5 sen dan 78.5 sen.

Dalam kalangan kaunter rugi, Malaysia Pacific Industries turun RM1.58 kepada RM32.9, Nestle jatuh 80 sen kepada RM134.20, Hong Leong Financial Group susut 38 sen kepada 19.24 dan Petronas Dagangan berkurangan 36 sen kepada RM22.30

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 jatuh 119.85 mata kepada 10,303.40, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 147.93 mata kepada 10,667.67, FBM 70 susut 153.60 mata kepada 12,633.84, FBM ACE turun 131.68 mata kepada 4,855.00, manakala Indeks FBM Emas susut 123.54 mata kepada 10,556.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 137.85 mata kepada 16,615.13, Indeks Perladangan jatuh 75.61 mata kepada 7,171.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.07 mata kepada 181.67 dan Indeks Tenaga jatuh 5.94 mata kepada 665.40.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.34 bilion saham bernilai RM1.22 billon daripada 1.35 bilion saham bernilai RM1.23 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 329.54 juta unit bernilai RM53.58 juta daripada 321.76 juta unit bernilai RM48.25 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 514.66 juta saham bernilai RM288.0 juta daripada 438.85 juta saham bernilai RM252.37 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 182.65 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (367.12 juta), pembinaan (47.87 juta), teknologi (156.03 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.73 juta), hartanah (103.74 juta), perladangan (16.93 juta), REITs (5.92 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (246.37 juta), penjagaan kesihatan (113.8 juta), telekomunikai dan media (13.52 juta), pengangkutan dan logistik (28.87 juta) dan utiliti (12.27 juta).

Berita berkaitan
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
September 29, 2022· Isu semasa
Bursa Malaysia dibuka rendah didorang kegiatan mengambil untung
September 21, 2022· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan
September 19, 2022· Isu semasa
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, kata Pengerusi Bursa
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
16 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok