Bursa Malaysia tunjuk momentum positif, indeks utama cecah 1,598 mata

June 2, 2021 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dipengaruhi oleh faktor luaran yang positif dengan minyak mentah ditutup pada paras tertinggi sejak Oktober 2018 selain kalangan ekonomi perlahan-lahan keluar daripada kemelut pandemik.

Pada masa sama, pelabur memantau rapat data pembayaran gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan pada Jumaat untuk mendapatkan panduan lebih jelas mengenai situasi pasaran buruh semasa, juga memberi petunjuk berkaitan Rizab Persekutuan AS.

Saham Asia merekodkan prestasi bercampur-campur.

Memetik laporan Bernama, Nikkei Jepun menokok 0.46 peratus kepada 28,946.14; Hang Seng Hong Kong susut 0.58 peratus kepada 29,297.62 dan SSE China turun 0.76 peratus kepada 3,597.14.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi petunjuk pasaran tempatan melonjak 12.04 mata atau 0.76 peratus untuk berakhir pada 1,597.94, daripada 1,585.90 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu melepasi sedikit sasaran awal Rakuten Trade yang menjangkakan ia akan berada dalam julat 1,585 hingga 1,595 mata pada Rabu.

FBM KLCI dibuka 0.43 mata lebih rendah kepada 1,585.47 sebelum bergerak di antara 1,585.47 dengan 1,598.61 sepanjang dagangan Rabu.

Sokongan belian saham di seluruh papan meluaskan lingkungan pasaran dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 711 berbanding 362, sementara 431 kaunter tidak berubah, 630 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Bagaimanapun agensi berita itu melaporkan belian sedikit rendah dengan 7.44 bilion unit bernilai RM4.01 bilion berbanding 8.98 bilion unit bernilai RM5.13 bilion yang dicatatkan semasa penutupan dagangan pada Selasa.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata FBM KLCI meningkat 0.80 peratus hari ini untuk mencecah 1,597.94 mata, dan daripada 30 saham yang membentuk indeks itu, hanya tiga yang mencatatkan penurunan manakala saham untung diterajui oleh RHB Bank apabila menokok 3.0 peratus susulan laporan penggabungannya dengan Axiata untuk memohon lesen bank digital.

“Bagi indeks sektor, semuanya mengalami kenaikan dalam persekitaran harga minyak mentah Brent lebih kukuh selepas persetujuan dicapai oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan bukan OPEC untuk menurunkan kadar pengurangan pengeluaran berikutan permintaan minyak mentah dijangka tinggi.

“Sentimen baik itu ditambah lagi dengan aktiviti pembuatan AS yang meningkat pada Mei, memandangkan permintaan tertangguh telah melonjakkan pesanan, selain data perkilangan memberangsangkan di China yang boleh menyokong permintaan domestik Malaysia dalam keadaan sekatan pergerakan penuh,” katanya.

Adam berkata, penyertaan dagangan dalam kalangan pelabur runcit turut kekal rancak, seperti ditunjukkan oleh Indeks FBM Small Cap apabila meningkat 1.4 peratus hari ini, didorong keadaan positif keseluruhan yang sejajar dengan hari kedua sekatan pergerakan penuh di mana pelabur runcit cenderung untuk lebih aktif.

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Maybank naik empat sen kepada RM8.24, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.24, PChem meningkat dua sen kepada RM8.07 dan Tenaga menokok satu sen kepada RM9.95.

F&N muncul sebagai saham paling untung apabila melonjak RM1.18 kepada RM27.38, Time DotCom meningkat 52 sen kepada RM14.40 dan Panasonic naik 50 sen kepada RM33.

Antara saham aktif, Joe Holding naik setengah sen kepada 4.5 sen, Serba Dinamik turun satu sen kepada 82.5 sen, dan Focus Dynamics tidak berubah pada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 110.96 mata kepada 11,626.87, Indeks FBMT 100 menambah 104.64 mata kepada 11,322.76 dan FBM ACE naik 77.78 mata kepada 7,794.93.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 104.39 mata kepada 12,857.07 dan FBM 70 melonjak 213.91 mata kepada 15,013.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 164.50 mata kepada 15,249.40, indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.29 mata kepada 193.54 dan Indeks Perladangan menambah 20.47 mata kepada 6,852.40.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.90 bilion saham bernilai RM3.33 bilion daripada 6.24 bilion saham bernilai RM4.36 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Jumlah dagangan waran sebanyak 300.06 juta unit bernilai RM27.63 juta berbanding 489.99 juta unit bernilai RM38.74 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula turun kepada 2.23 bilion saham bernilai RM739.76 juta daripada 2.41 bilion saham bernilai RM728.25 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 728.86 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.61 bilion), pembinaan (163.41 juta), teknologi (581.95 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (91.81 juta), hartanah (553.27 juta), perladangan (28.82 juta), REIT (17.60 juta), dana tertutup (3,700), tenaga (817.71 bilion), penjagaan kesihatan (78.22 juta), telekomunikasi dan media (65.71 juta), pengangkutan dan logistik (136.58 juta) serta utiliti (25.30 juta).

Berita berkaitan
Kerajaan setuju ambil 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka: Saravanan
September 21, 2022· Isu semasa
Bursa Malaysia dibuka rendah didorang kegiatan mengambil untung
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Bursa dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan
September 19, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
Harga sawit negara jatuh terendah dalam 15 bulan, permintaan terjejas
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
1 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
2 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok