Bursa Malaysia jatuh menghampiri paras terendah tiga tahun lalu

March 10, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman ekoran kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih besar di Amerika Syarikat (AS) selain kelemahan dalam pasaran serantau.

Pasaran bursa lemah itu menghampiri paras terendah tiga tahun lalu ketika kerajaan campuran mengheret bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk didakwa di mahkamah hari ini dengan pemerhati menyifatkan ia satu lagi pendakwaan bermotif politik terhadap pembangkang.

Malah, laporan berita juga memetik peorang peniaga berkata berita pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga membawa kepada kegelisahan pasaran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran merosot 6.85 mata kepada 1,442.68 daripada 1,449.53 ketika ditutup pada Khamis. Indeks utama itu dibuka 3.73 mata lebih rendah kepada 1,445.80, lapor Benama.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 256 berbanding 83, manakala 202 kaunter tidak berubah, 1,704 kaunter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 253.85 juta unit bernilai RM205.02 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan FBM KLCI terus susut ke dalam wilayah negatif memandangkan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sememangnya telah dijangkakan.

Firma pembrokeran itu menjangkakan sentimen global kekal tegang sebelum data senarai pembayaran gaji bukan ladang AS dikeluarkan lewat hari ini.

“Berdasarkan sentimen negatif di luar negara, kami percaya pasaran saham tempatan mungkin mengalami dagangan secara berhati-hati ekoran risiko global yang semakin meningkat,” tambahnya.

Menurutnya prestasi negatif Wall Street mungkin menyebabkan lagi penjualan ketara saham teknologi di peringkat tempatan.

“Sementara itu, sentimen saham perbankan mungkin terjejas, berikutan kelemahan dari AS.

“Bagaimanapun, sektor pelancongan dan penerbangan dijangka memperoleh daya tarikan dalam situasi tema pembukaan semula ekonomi,” jelasnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia iaitu Public Bank susut dua sen kepada RM4.11, Petronas Chemical turun lima sen kepada RM6.95, Tenaga turun lapan sen kepada RM9.37 dan CIMB tidak berubah pada RM5.50, manakala Maybank naik satu sen. kepada RM8.72.

Antara saham aktif, Cape EMS melonjak 49 sen kepada RM1.39, Hong Seng Consolidated menokok satu sen pada 15.5 sen, AwanBiru Technology menambah 1.5 sen kepada 46 sen dan Eden Inc naik setengah sen kepada RM1.80, manakala Vinvest Modal kekal tidak berubah pada 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 42.02 mata kepada 10,530.48; Indeks FBM 70 kurang 21.39 mata kepada 13,432.28; Indeks FBMT 100 turun 40.88 mata kepada 10,208.37; Indeks FBM Emas Syariah menguncup 52.93 mata kepada 10,757.24, dan Indeks ACE FBM susut 17.90 mata kepada 5,428.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.27 mata kepada 16087.73; Indeks Tenaga kurang 8.25 mata kepada 874.84; Indeks Perladangan menguncup 14.34 mata kepada 6,815.59 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.98 mata kepada 173.85.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
35 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
2 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
47 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok