Bursa Malaysia ditutup rendah, kaunter rugi atasi untung: Laporan

April 4, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung terutamanya dalam saham permodalan besar, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.78 mata kepada 1,429.61 daripada paras penutup 1,433.39 pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.15 mata kepada 1,432.24 dan bergerak antara paras 1,426.63 dan 1,432.83 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 439 berbanding 417, manakala 402 kaunter tidak berubah, 967 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.62 bilion unit bernilai RM1.73 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM1.63 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti pengambilan untung muncul selepas kenaikan kukuh pada Isnin dan ini dilihat sebagai positif kerana ia membolehkan pasaran mencerna situasi aliran meningkat baru-baru ini.

“Kami mengunjurkan FBM KLCI diniagakan tinggi dalam jajaran 1,425-1,440 bagi tempoh berbaki minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Thong juga berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya tinggi hari ini manakala para pelabur memantau rapat peningkatan harga minyak mentah yang mungkin boleh menyebabkan inflasi melonjak.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.66, Public Bank tidak berubah pada RM4, Petronas Chemicals dan TNB setiap satu meningkat satu sen masing-masing kepada RM7.22 dan RM9.25 dan CIMB naik tiga sen kepada RM5.33.

Dalam kalangan kaunter cergas, Fitters dan Vinvest tidak berubah masing-masing pada lapan sen dan 20.5 sen, Reach Energy turun dua sen kepada 5.5 sen, Pesona Metro berkurangan 1.5 sen kepada 23 sen dan Computer Forms jatuh setengah sen kepada 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 8.82 mata kepada 10,492.64, Indeks FBMT 100 jatuh 13.25 mata kepada 10,176.0 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 17.06 mata kepada 10,794.61.

Indeks FBM 70 melonjak 38.72 mata kepada 13,644.88 dan Indeks FBM ACE naik 17.81 mata kepada 5,329.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.59 mata kepada 15,779.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.10 mata kepada 173.16, Indeks Perladangan susut 71.66 mata kepada 6,707.58 dan Indeks Tenaga menambah 9.94 mata kepada 875.70.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.87 bilion unit bernilai RM1.49 bilion berbanding 2.33 bilion saham bernilai RM1.38 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 245.32 juta unit bernilai RM46.46 juta daripada 239.97 juta unit bernilai RM40 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 507.12 juta saham bernilai RM194.12 juta daripada 806.14 juta saham bernilai RM212.17 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 268.28 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (533.19 juta); pembinaan (133.04 juta); teknologi (19.84 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (54.53 juta); hartanah (183.11 juta); perladangan (25.48 juta); REITs (7.5 juta), dana tertutup (sifar); tenaga (294.03 juta); penjagaan kesihatan (102.17 juta); telekomunikasi dan media (42.48 juta); pengangkutan dan logistik (20.41 juta) dan utiliti (38.83 juta).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS
August 2, 2023· Isu semasa
Dua hari berturut-turut Bursa ditutup rendah
August 2, 2023· Isu semasa
Lima hari berturut-turut ringgit ditutup rendah lagi
July 24, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok