Bursa Malaysia ditutup rendah hari kedua berturut-turut

August 3, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu (3 Ogos) di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam rakan serantau kerana pelabur kekal dalam mod pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.48 mata kepada 1,490.57, paras tertinggi hariannya, berbanding 1,495.05 penutup Selasa, lapor Bernama.

Indeks itu dibuka susut 6.47 mata kepada 1,488.58 dan mencecahg paras rendah 1,483.01 ketika sesi dagangan tengah hari.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 399 berbanding 367 manakala 451 lain tidak berubah, sebanyak 1,018 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.91 bilion unit bernilai RM1.35 bilion daripada 2.85 bilion unit bernilai RM1.59 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau menyaksikan pelabur mengambil kesempatan memburu saham-saham berharga rendah selepas jualan ketara semalam.

“Di peringkat tempatan, kami yakin prestasi bursa kekal stabil apabila aliran dana asing terus membeli ekuiti domestik.

“Berikutan itu, kami menjangkakan FBM KLCI menyaksikan dagangan lebih meningkat dalam jajaran 1,490-1,510 bagi tempoh berbaki minggu ini dengan rintangan segera pada 1,500 dan seterusnya 1,530 manakala paras sokongan pada 1,460,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, CGS-CIMB Securities yang menganalisis data FBM KLCI, berkata prestasi indeks itu cenderung negatif pada Ogos dengan purata pulangan -0.3 peratus bulan ke bulan sejak 10 tahun lepas.

Firma pembrokeran itu berkata pada bulan ini misalnya, pelabur akan memberi tumpuan terhadap pengumuman data keluaran dalam negara kasar Malaysia bagi suku kedua 2022 pada 12 Ogos ini dan seterusnya Indeks Harga Pengguna bagi Julai pada 26 Ogos depan.

“Pasaran akan turut memantau musim pelaporan prestasi bagi suku kedua, khususnya bagaimana isu-isu seperti kekurangan buruh, peningkatan kos bahan mentah, kenaikan gaji minimum dan gangguan rantaian global memberi kesan terhadap pendapatan korporat.

“Turut menjadi tumpuan adalah perkembangan terkini mengenai usaha 5G membabitkan syarikat-syarikat telekomunikasi dan Digital Nasional Bhd, angka kedatangan pelancong dan pengambilan pekerja asing baharu selepas penarikan balik larangan pekerja Indonesia ke Malaysia pada 1 Ogos lepas,” kata CGS-CIMB dalam nota tinjauannya hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing susut 5.0 sen kepada RM8.83 dan RM4.61, CIMB rugi 2.0 sen kepada RM5.23 manakala Petronas Chemicals naik 5.0 sen kepada RM8.90 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.42.

Bagi saham aktif, Borneo Oil dan Zen Tech tidak berubah pada 2.5 sen dan 3.5 sen, Green Packet naik 1.0 sen kepada 6.0 sen dan PUC turun setengah sen kepada 2.5 sen manakala Top Glove turun satu sen kepada 97 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 10.28 mata kepada 10,572.22, Indeks FBMT 100 berkurangan 12.93 mata kepada 10,323.75, FBM ACE menguncup 6.13 mata kepada 4,790.45 manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 15.89 mata kepada 10,713.05 dan FBM 70 menokok 57.21 mata kepada 12,651.71.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 0.04 mata kepada 7,028.01, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 81.13 mata kepada 16,570.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.76 mata kepada 185.20 dan Indeks Tenaga meningkat 2.15 mata kepada 660.74.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.12 bilion saham bernilai RM1.14 bilion daripada 1.82 bilion saham bernilai RM1.34 bilion, semalam.

Waran turut susut kepada 282.36 juta unit bernilai RM51.49 juta daripada 368.32 juta unit bernilai RM58.61 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan turun kepada 507.42 juta saham bernilai RM162.16 juta daripada 658.30 juta saham bernilai RM192.17 juta, sebelumnya.

Dalam pada itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 122.22 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (388.02 juta), pembinaan (33.57 juta), teknologi (141.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.67 juta), hartanah (107.95 juta), perladangan (107.95 juta), REIT (7.01 juta), dana/tertutup (3,000), tenaga (54.28 juta), penjagaan kesihatan (67.05 juta), telekomunikasi dan media (99.46 juta), pengangkutan dan logistik (12.46 juta) serta utiliti (14.12 juta).

Berita berkaitan
Manipulasi saham: Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara di Singapura
December 28, 2022· Politik
Bursa Malaysia ditutup Isnin depan sempena Deepavali
October 19, 2022· Uncategorized
Modal pasaran syarikat di Bursa Malaysia jatuh 6.1 peratus
October 18, 2022· Isu semasa
DDNK kena gantung lesen oleh SC
October 13, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok