Bursa Malaysia ditutup rendah

September 26, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah secara amnya pada Isnin (26 September 2022), menjejaki rakan serantau di tengah-tengah sentimen lemah di peringkat global, kata seorang penganalisis.

Pada jam 5 petang, penanda aras FBM KLCI susut 11.94 mata, atau 0.84%, kepada 1,413.04 daripada penutup Jumaat lalu pada 1,424.98, menurut Bernama.

Indeks penanda aras dibuka 1.15 mata pada paras tertinggi harian pada 1,423.83, dan mencapai paras terendah harian pada 1,411.48 pada dagangan awal.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 780 berbanding 164, manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,132 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.12 bilion unit bernilai RM1.85 bilion, berbanding 1.84 bilion unit bernilai RM1.57 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup secara amnya lebih rendah pada Isnin berikutan kebimbangan kemelesetan global yang berterusan.

Beliau berkata kebimbangan mengenai prospek ekonomi global terus membebani pasaran ekuiti selepas kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat di seluruh dunia.

“Kami tetap berhati-hati, dan percaya bahawa hala tuju jangka terdekat pasaran tempatan masih sangat bergantung kepada (faktor) global.

“Bagaimanapun, kami menganggap bahawa pasaran tempatan terlebih jual, justeru, memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul saham pada tahap yang menarik memandangkan penilaian mereka yang lebih murah.

“Kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,410 hingga 1,440 untuk minggu ini, dengan sokongan serta-merta pada 1,410 dan rintangan pada 1,465,” katanya.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun jatuh 2.66% kepada 26,431.55, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.44% kepada 17,855.14, dan Indeks Straits Times Singapura susut 1.31% kepada 3,183.69.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
20 jam lalu· Isu semasa
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
20 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok