
Ketika penutupan petang ini (27 Mac 2023), Bursa Malaysia jatuh semula di bawah 1,400 mata, sekali gus mencecah paras terendah hariannya, dengan FBM KLCI ditutup pada 1,396.60 mata.
Bursa Malaysia berakhir pada paras terendah harian hari ini (23 September 2022), dengan tekanan jualan dilihat secara menyeluruh berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global di tengah-tengah kenaikan kadar faedah di seluruh dunia, kata seorang peniaga.
Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.18 mata, atau 0.99 peratus, kepada 1,424.98 daripada 1,439.16 penutup Khamis, lapor Bernama.
Indeks penanda aras dibuka 0.05 mata lebih mudah pada 1,439.11, mencecah paras tertinggi 1,440.29 pada dagangan awal.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 540 berbanding 278, manakala 378 kaunter tidak berubah, 1,202 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 1.84 bilion unit bernilai RM1.57 bilion berbanding 2.17 bilion unit bernilai RM1.68 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau terus jatuh apabila kadar faedah yang meningkat di seluruh dunia mengancam untuk menjejaskan kestabilan pertumbuhan ekonomi.
FBM KLCI menunjukkan aliran rendah dalam volum nipis kerana pelabur kelihatan enggan membuat langkah yang lebih ketara dengan ketiadaan pemangkin belian kerana keadaan pasaran kekal bercampur aduk di tengah-tengah peningkatan risiko dan turun naik pasaran global.
“Harga minyak mentah dan komoditi yang lebih lemah menjejaskan saham tenaga dan berkaitan komoditi, menjejaskan sentimen pasaran.
“Kami lebih suka kekal berhati-hati dalam jangka pendek walaupun pemburuan murah mungkin berlaku memandangkan FBM KLCI hampir terlebih jual. Oleh itu, kami melihat indeks penanda aras itu berada dalam aliran yang lebih luas antara 1,420 hingga 1,450 minggu depan,” katanya.