Bursa Malaysia dibuka rendah

August 5, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah berikutan kegiatan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.41 mata kepada 1,502.30 daripada penutupan semalam pada 1,507.71, lapor Bernama.

Indeks utama itu dibuka pada paras 1,505.07 pagi ini, lebih rendah sebanyak 2.64 mata.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 146 berbalas 110, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 151.70 juta unit bernilai RM45.21 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Indeks Dow Jones jatuh sebanyak 0.3 peratus berikutan prestasi bercampur-campur pendapatan korporat menjelang pengeluaran data kadar pengangguran Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Ia menambah pasaran saham Eropah meneruskan keuntungan manakala pasaran saham Asia kebanyakannya kekal menggalakkan.

“Kami percaya sentimen dijangka masih positif untuk sesi hari ini kerana pelabur telah mengetepikan ketegangan geopolitik AS-China untuk memberi tumpuan kepada musim pelaporan pendapatan yang akan datang,” kata firma pembrokeran itu dalam satu nota hari ini.

Mengenai komoditi, ia berkata harga minyak mentah merosot lagi kepada paras US$94 setong — paras terendah sejak permulaan perang Ukraine-Rusia, sementara harga minyak sawit mentah menyaksikan peningkatan sederhana dan kekal melepasi paras RM3,800 setiap tan.

Bagi sektor tumpuan pula, firma itu berkata sektor teknologi diunjur akan meneruskan aliran menaik, mengambil petunjuk daripada keuntungan yang dicatatkan di Nasdaq.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, IHH Healthcare dan CIMB, semuanya turun 2.0 sen kepada RM8.88, RM6.44 dan RM5.23, Public Bank susut 1.0 sen menjadi RM4.64, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.86.

Bagi saham aktif, EURO Holding menambah 3.5 sen kepada 19.5 sen, Unique Fire susut 4.5 sen kepada 21.5 sen, CSH Alliance turun setengah sen kepada 4.5 sen manakala TWL dan MQ Technology tidak berubah, masing-masing pada 6.5 sen dan 3.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 37.50 mata menjadi 10,830.23, Indeks FBMT 100 turun 29.32 mata kepada 10,414.52 dan Indeks FBM Emas lebih rendah 27.72 mata kepada 10,666.56.

Manakala, Indeks FBM 70 lemah 3.01 mata kepada 12,801.26 dan FBM ACE menokok 2.31 mata kepada 4,887.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 11.96 mata kepada 16,653.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.39 mata kepada 185.58, Indeks Tenaga menguncup 2.29 mata kepada 658.78 dan Indeks Perladangan lemah 31.83 mata. 7,052.16.

Berita berkaitan
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Muhyiddin terima kunjungan Menteri Luar Singapura
January 16, 2023· Isu semasa
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok