Bursa Malaysia dibuka rendah, pasaran Wall Street tak menentu

August 3, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah, mengambil petunjuk daripada sesi tidak menentu semalaman di Wall Street, kata seorang peniaga, ketika indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.43 mata kepada 1,487.62, pagi ini (3 Ogos).

Indeks utama berkenaan dibuka pada paras 1,488.58, susut sebanyak 6.47 mata, lapor Bernama.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 235 berbalas 81, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,715 tidak diniagakan dan 9 yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang dicatatkan adalah sebanyak 126.77 juta unit bernilai RM54.76 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street bertukar menjadi tidak menentu apabila Indeks Dow Jones merosot 1.2 peratus selepas data pembukaan kerja pada Jun 2022 jatuh ke paras terendah dalam sembilan bulan, manakala ketibaan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi di Taiwan mencetuskan ketegangan geopolitik antara AS dan China.

Firma pembrokeran itu menambah pasaran global dijangka mengalami pemulihan yang tidak sekata apabila pelabur mengambil kira akan peningkatan ketegangan AS-China serta beberapa komen yang cenderung ke arah menaikkan kadar faedah daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan.

Justeru, firma berkenaan berkata ini telah menyebabkan lonjakan dalam hasil bon apabila pelabur lebih terarah kepada kenaikan kadar faedah.

“Namun begitu, kami percaya pembelian berterusan daripada dana asing akan menyokong bursa tempatan,” katanya dalam nota hari ini.

Berkenaan pasaran komoditi pula, Malacca Securities berkata minyak Brent diniagakan melebihi paras US$100 setong, manakala minyak sawit mentah susut di bawah paras sokongan penting iaitu RM4,000 satu tan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank susut empat sen setiap satu kepada RM8.84 dan RM4.62, CIMB turun lima sen menjadi RM5.20, Petronas Chemicals naik tujuh sen untuk mencatatkan harga RM8.92, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.42.

Bagi saham aktif, CSH Alliance dan Borneo Oil tidak berubah pada 5.5 sen dan 2.5 sen, TWL Holdings dan Dagang Nexchange, kedua-duanya naik setengah sen pada 6.5 sen dan 80 sen dan Malaysian Genomics menambah enam sen kepada 77 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah merosot 36.63 mata kepada 10,660.52, Indeks FBM ACE turun 28.67 mata menjadi 4,767.91 danIndeks FBMT 100 menyusut 43.71 mata kepada 10,292.97.

Sementara itu, Indeks FBM Emas menguncup 44.43 mata kepada 10,538.07 dan FBM 70 lemah 22.42 mata untuk merekodkan paras 12,572.08.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 4.97 mata kepada 7,023.08, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.36 mata menjadi 184.08, Indeks Tenaga berkurangan 0.73 mata kepada 657.86, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah sebanyak 80.56 mata kepada 16,570.71.

Berita berkaitan
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Manipulasi saham: Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara di Singapura
December 28, 2022· Politik
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
9 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
10 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
10 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
18 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok