Bursa Malaysia dibuka rendah

September 26, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka pada 5.71 mata lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street pada Jumaat lalu.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot kepada 1,419.27 daripada 1,424.98 pada penutup urus niaga Jumaat.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1,423.83, turun 1.15 mata, menurut Bernama.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh adalah negatif, menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 294 berbalas 69, manakala 194 kaunter tidak berubah, 1,840 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 154.40 juta unit bernilai RM54.99 juta

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dengan bursa tempatan kini berada dalam zon terlebih jual, beliau berpendapat indeks FBM KLCI akan pulih semula dalam masa terdekat dan menjangkakan ia berada dalam aliran julat 1,420-1,435 hari ini.

“Kegiatan memburu saham berharga murah kemungkinan muncul dalam saham berkaitan teknologi dan telekomunikasi berikutan jualan besar pada Jumaat lepas.

“Bagaimanapun, kaunter minyak dan gas mungkin berhadapan beberapa tekanan jualan apabila harga minyak mentah Brent merosot kepada US$86 setong berikutan kebimbangan kemelesetan global,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Gas melonjak 12 sen kepada RM16.54, MISC tidak berubah pada harga RM6.94, Maybank dan TNB susut dua sen setiap satu menjadi RM8.67 dan RM8.68, Public Bank dan CIMB turut merosot satu sen, masing-masing mencatatkan RM4.33 dan RM5.38.

Sementara itu, Petronas Chemicals lemah tujuh sen kepada RM8.28 dan Hong Leong Bank turun 18 sen kepada RM20.50.

Bagi saham aktif, Aimflex naik setengah sen menjadi 15.5 sen, HB Global menambah 1.5 sen kepada 12 sen, MAG Holdings tidak berubah pada 17.5 sen sementara MQ Technology dan Velesto Energy turun setengah sen setiap satu kepada 3.0 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 35.65 mata kepada 10,161.73, FBM 70 lemah 59.78 mata menjadi 12,372.01, Indeks FBMT 100 kerugian 41.70 mata kepada 9,891.92, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 42.20 mata menjadi 10,196.0 dan FBM ACE kehilangan 45.98 mata kepada 4,720.65.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 15.68 mata untuk mencapai paras 696.96, Indeks Perladangan merosot 2.72 mata kepada 6,761.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 36.64 mata kepada 16,231.93 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.55 mata kepada 170.65.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
4 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok