Bursa kekal ditutup rendah

September 19, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, terjejas oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, seiring dengan kelemahan dalam kebanyakan saham serantau.

Ketika dibuka pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh sebanyak 14.50 mata kepada 1,452.81 daripada penutupan Khamis pada 1,467.31,

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 15.79 mata kepada 1,451.52 daripada 1,467.31 penutup Khamis, lapor Bernama.

Saham Asia mengambil petunjuk daripada kerugian Wall Street pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai prospek ekonomi global dan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat di seluruh dunia, kata seorang peniaga.

Indeks penanda aras dibuka 7.80 mata lebih rendah pada 1,459.51, kemudian bergerak antara 1,446.04 dan 1,460.91 sepanjang sesi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 706 berbanding 217, manakala 349 kaunter tidak berubah, 1,101 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.19 bilion unit bernilai RM1.76 bilion berbanding 2.62 bilion unit bernilai RM2.67 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga bergerak rendah kerana pelabur berhati-hati bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)dan bank pusat lain mungkin melampaui sasaran dasar mereka, mencetuskan kemelesetan global.

“Bagi bursa tempatan, kami menganggarkan pasaran tempatan akan mengalami sedikit tekanan di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat. Bagaimanapun, kami percaya pengumpulan saham akan berterusan ketika penurunan.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan didagangkan dalam julat yang lebih luas antara 1,440 dan 1,470 untuk minggu ini. Sokongan pada tahap 1,470 telah ditembusi dan tahap sokongan seterusnya adalah pada 1,430 diikuti oleh 1,400, manakala rintangan adalah pada 1,480,” tambahnya.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin jadi PM bukan lapan bulan tapi lima tahun
August 6, 2023· Politik
Dua hari berturut-turut Bursa ditutup rendah
August 2, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok